Bismillahirahmanirahim.
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa digengamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Terseksa jiwa merindu
Bagai terkurung di basah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas kumendaki
Puncak cinta teragung
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh
Tuk bernaung
Kerna awan itu rapuh
Bahagia
Buat mereka yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
Dendam tak marah menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam
Kuanyam rindu menjadi hamparan
Kerna kupasti adanya pertemuan
Disana nanti
Bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Kata janjiMu seharum setanggi syurga. (line yang paling aku suka)
Aku amat suka dengan puisi diatas. Aku selalu mainkan puisi diatas bila kepala rasa serabut dan hati rasa sedih. Rasa tenang. Bukan macam puisi-puisi lain semakin aku mainkan ditelinga aku, kepala semakin serabut hati sedih menjadi-jadi. Puisi diatas ialah sebuah lagu nasyid yang bertajuk Setanggi Syurga nyanyian In-Team ciptaan ITO Lara.
Aku jadi wonder, kenapa aku rasa tenang bila aku dengar lagu tersebut. Sebabnya ialah kerana, bila aku dengar lagu tersebut, aku ingat Dia, Allah swt. Sejurus itu, aku rasakan kekuatan mengalir dalam diri aku yang kecil ni. Betapa mudah untuk tenangkan hati yang keliru dan sedih, iaitu hanya mengingati Dia. Dalam erti kata lain, betapa mudah untuk aku bahagia hanya dengan mengingati Dia. Fuyooo, betapa beruntung In-Team dan kumpulan-kumpulan nasyid yang lain kerana dengan nasyid, mereka berjaya mentarbiah atau mendidik manusia dari lalai. Salah satu cara dakwah yang berkesan.
Cerita aku boleh kenal dengan Setanggi Syurga.
Semuanya kerana aku berpijak di bumi Uia. Kalau tak, haram aku layan nasyid. Aku bluetooth lagu ni dengan kawan aku tapi aku tak pernah cuba untuk dengar. Satu hari, kawan aku, Asyi mintak aku play lagu ni dia kata dia suka. Dengan malasnya aku yang tengah layan lagu Muse masa tu play lagu ni. Masa tu, dalam kepala otak aku, lagu tak best pun kau suka ke Asyi(jahil gila). Aku pun layan la lagu ni dengan Asyi reluctantly. Aku tak faham sikit pun lagu ni, aku tanya Asyi, apa yang lagu ni nak sampaikan. Yang lucu, Asyi kata dia suka dengar je tak suka menghayati lirik ni. Start from that moment, aku layan lagu ni hari-hari sebab nak faham apa maksudnya, and i fall in love with it.
Aku masih cuba-cuba untuk mengerti apakah maksud tersirat dan mesej lagu tersebut yang
Bagi aku, lagu ini membantu kita sedar, cinta sebenar yang patut kita cari ialah cinta kepada pencipta kita. Kebahagian hanya akan dikecapi oleh meraka yang sudah merasai cintaNya. Cinta itu suci. Kerana ia anugerah Allah. Tapi, cinta itu boleh jadi tak suci kerana kita tersalah langkah.(ceh, macam bagi tazkirah pulak)
Line yang paling aku suka, ditambah pula dengan alunan mendayu dayu oleh Suhaimi, “kata janjiMu, seharum setanggi syuga”. Terima kasih kepada Hijjaz Records kerana menghasilkan Setanggi Syurga.
p/s : 1. siapa yang tahu mesej lagu ni, kongsi-kongsilah.
2. aku memang tak up to date langsung. Orang lain dah lama layan lagu ni. Haha.
salam wbt.
BalasPadamsaye baru lg x up to date kot. skarg baru nk tgk lyrics laru ni. huhue..tapi die mmg interesting dgn best la sbb ayat-ayat metaphore die. ehe.
*lagu
BalasPadamhttp://marhalahtarbiah.blogspot.com/2008/12/setanggi-syurga-antara-hamba-dan.html
BalasPadamSalam..semoga link di atas membantu..menitis air mata...Allahuakbar
Assalamualaikum
BalasPadamKeren dan visit jg ya min
palaqmp3
mahkotamusik
mahkotalagu
samudramusik
1 line je yg aku x fhm;"dendam tak marah menyala dan membakar". Dendam kpd siapa dan pasal apa?
BalasPadamTahun 2022 Ni baru dengar lagu Ni...dah dok viral semula Kat tiktok...rupanya dari tahun 2009 ya...lama dah
BalasPadam