Jumaat, 9 Oktober 2009

Setanggi Syurga

Bismillahirahmanirahim.


Percaya kata janjiMu

Kerna ku yakin apa digengamMu

Keharuman setanggi syurga

Bukan kilauan sebilah belati


Terseksa jiwa merindu

Bagai terkurung di basah tengkujuh

Kewangian aroma bunga

Tak menggugah keteguhan iman


Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur

Pada redup renung mata yang menipu

Tuntas kumendaki

Puncak cinta teragung


Izinkan aku melafazkan kata

Bicara hati yang mudah diterjemah

Betapa aku gerun pada teduh

Tuk bernaung

Kerna awan itu rapuh


Bahagia

Buat mereka yang bertemu cinta yang teragung

Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi


Dendam tak marah menyala dan membakar

Oleh putih salju yang berguguran

Kerna dosa itu

Lebih hitam dan kelam


Kuanyam rindu menjadi hamparan

Kerna kupasti adanya pertemuan

Disana nanti

Bukti cinta suci dilafazkan

Tak bertemu pengucapan

Kata janjiMu seharum setanggi syurga. (line yang paling aku suka)


Aku amat suka dengan puisi diatas. Aku selalu mainkan puisi diatas bila kepala rasa serabut dan hati rasa sedih. Rasa tenang. Bukan macam puisi-puisi lain semakin aku mainkan ditelinga aku, kepala semakin serabut hati sedih menjadi-jadi. Puisi diatas ialah sebuah lagu nasyid yang bertajuk Setanggi Syurga nyanyian In-Team ciptaan ITO Lara.


Aku jadi wonder, kenapa aku rasa tenang bila aku dengar lagu tersebut. Sebabnya ialah kerana, bila aku dengar lagu tersebut, aku ingat Dia, Allah swt. Sejurus itu, aku rasakan kekuatan mengalir dalam diri aku yang kecil ni. Betapa mudah untuk tenangkan hati yang keliru dan sedih, iaitu hanya mengingati Dia. Dalam erti kata lain, betapa mudah untuk aku bahagia hanya dengan mengingati Dia. Fuyooo, betapa beruntung In-Team dan kumpulan-kumpulan nasyid yang lain kerana dengan nasyid, mereka berjaya mentarbiah atau mendidik manusia dari lalai. Salah satu cara dakwah yang berkesan.


Cerita aku boleh kenal dengan Setanggi Syurga.


Semuanya kerana aku berpijak di bumi Uia. Kalau tak, haram aku layan nasyid. Aku bluetooth lagu ni dengan kawan aku tapi aku tak pernah cuba untuk dengar. Satu hari, kawan aku, Asyi mintak aku play lagu ni dia kata dia suka. Dengan malasnya aku yang tengah layan lagu Muse masa tu play lagu ni. Masa tu, dalam kepala otak aku, lagu tak best pun kau suka ke Asyi(jahil gila). Aku pun layan la lagu ni dengan Asyi reluctantly. Aku tak faham sikit pun lagu ni, aku tanya Asyi, apa yang lagu ni nak sampaikan. Yang lucu, Asyi kata dia suka dengar je tak suka menghayati lirik ni. Start from that moment, aku layan lagu ni hari-hari sebab nak faham apa maksudnya, and i fall in love with it.


Aku masih cuba-cuba untuk mengerti apakah maksud tersirat dan mesej lagu tersebut yang cuba disampaikan oleh brothers In-Team. Yang aku paham, kita mestilah yakin dengan janji-janji Allah keatas hamba-hambaNya yang soleh. Yang aku paham lagi, jika iman kuat, godaan sekuat mana pun tidak boleh menggugahnya. Godaan itu diibaratkan dengan bunga yang cantik dah harum sepertinya perempuan yang cun melecun.


Bagi aku, lagu ini membantu kita sedar, cinta sebenar yang patut kita cari ialah cinta kepada pencipta kita. Kebahagian hanya akan dikecapi oleh meraka yang sudah merasai cintaNya. Cinta itu suci. Kerana ia anugerah Allah. Tapi, cinta itu boleh jadi tak suci kerana kita tersalah langkah.(ceh, macam bagi tazkirah pulak)


Line yang paling aku suka, ditambah pula dengan alunan mendayu dayu oleh Suhaimi, “kata janjiMu, seharum setanggi syuga”. Terima kasih kepada Hijjaz Records kerana menghasilkan Setanggi Syurga.



p/s : 1. siapa yang tahu mesej lagu ni, kongsi-kongsilah.

2. aku memang tak up to date langsung. Orang lain dah lama layan lagu ni. Haha.

6 ulasan:

  1. salam wbt.

    saye baru lg x up to date kot. skarg baru nk tgk lyrics laru ni. huhue..tapi die mmg interesting dgn best la sbb ayat-ayat metaphore die. ehe.

    BalasPadam
  2. http://marhalahtarbiah.blogspot.com/2008/12/setanggi-syurga-antara-hamba-dan.html

    Salam..semoga link di atas membantu..menitis air mata...Allahuakbar

    BalasPadam
  3. 1 line je yg aku x fhm;"dendam tak marah menyala dan membakar". Dendam kpd siapa dan pasal apa?

    BalasPadam
  4. Tahun 2022 Ni baru dengar lagu Ni...dah dok viral semula Kat tiktok...rupanya dari tahun 2009 ya...lama dah

    BalasPadam