Bismillahirahmanirahimm..
Alhamdulillah hari ini aku diberikan lagi peluang olehNya untuk hidup dan beribadah kepadaNya.
Alhamdulillah hari ini aku masih merasa nikmat yang paling besar; nikmat iman dan Islam.
Sesungguhnya, aku merasa diri ini masih lagi disayangi kerana Dia tidak putus-putus melimpahkan rahmatNya kepadaku.
Bercakap tentang disayangi ni, teringat lagu Ukays-Bila diri disayangi. Lagu ini aku kenal masa aku layan Ikim.fm. MasyaAllah, aku layan Ikim, aku pun terperanjat dengan keinginan naluriku tapi begitulah yang aku rasa, feeling dimana setiap benda yang aku buat aku nak biar ada kaitan dengan Dia, Sang Pencipta. Biar segala kerja yang aku laksanakan aku teringat Dia, biar semua benda yang aku buat hanyalah untuk mencari redhoNya. Ya Allah, aku pohon kekalkanlah rasa kehambaan ini.
Aku tak punyai banyak idea untuk menulis, sekadar ingin berkongsi sebuah lagu yang aku rasa liriknya sangat indah dan menyentuh jiwa. Pertama kali mendengarnya, terus menusuk kalbu. Lihat kepada tajuk, Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays, dalam kepala aku terfikir, ini mesti lagu kat aweks. Mungkin sebab ia nyanyian Ukays yang menyebabkan aku pesimis. Jadi, syitah next time jangan buat andaian buruk sebelum kenal ok.
Dah kenal lagu ni, aku jatuh cinta.
Liriknya oleh Habsah Hassan, melodinya oleh Azam.
Mari kita layan dan hayatinya!
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,
Merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri
Lagu ini best tambah pula dengan irama rocknya. Kira nasyid jugaklah. Aku suka dengan setiap bait liriknya. Bahasanya mudah untuk difahami. Rangkap kedua menerangkan yang Allah itu tidak ditempat yang spesifik, Dia sentiasa ada dimana-mana sehaja kerana Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ini bermakna sebagai orang Islam kita amatlah beruntung, walau dimana kita berada, kita boleh berdoa meminta pertolongan dariNya. Tidak kira waktu, siang atau malam, kerana Dia tidak tidur, Dia tidak letih, Mahasuci Allah yang amat sempurna. Justeru, kita wajib menjaga hubungan dengan Dia dan mencintai Dia lebih dari segala supaya kita tidak terlepas dari kasih sayangNya.
Namun, ramai orang disekelilingku meletakkan cinta kepada ciptaanNya melebihi cinta kepadaNya dan rasulNya.
Mereka berkasih-kasihan sesama manusia secara haram hingga terjerumus kepada maksiat dan dosa. Mereka mencari cinta yang tidak akan pernah kekal, cinta yang boleh membawa kepada kehinaan, cinta yang aku rasa tidak membawa keberkatan dan faedah.
Teringat ayat Al-Quran berkaitan dengan cinta. Surah At-Taubah ayat 24 :
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
Mahukah kita menjadi orang fasik? Dimanakah tempat bagi orang yang fasik kalau bukan neraka. Nauzubillahminzalik. Baru kusedar, selama ini aku telah jauh tersasar rupanya, tidak ku arif dan faham tentang ini sebelum ini. Namun Allah Maha Penyanyang, dibukanya tabir jahiliah yang menghadang penglihatanku selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kepada yang membaca tulisan ini, kalau rasa kamu sedemikian, segeralah bertaubat jangan butakan mata buat tidak tahu. Takutlah kita kepada neraka Allah.
Rangkap yang ketiga yang paling favourite. Sungguh, dengan mengingatiNya, kekuatan akan hadir walau dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Ketika waktu susah, jika mengingatiNya, akan terasa segalanya amat senang dan terasa yang Dia masih menyayangi. Walau susah, terasa indah segala, walau payah rasa tenang kerana Dia sentiasa ada. Subhanallah itulah nikmat dari Ya Rahim. Sesungguhnya, Allah sudah berjanji kepada orang mukmin yang lebih kurang bunyinya, “Ingatilah Aku, nescaya kamu akan merasa tenang”.
Begitulah tafsiran aku terhadap lagu ni. Memang jenis aku ni, kalau dengar lagu aku akan cuba korek apa yang lagu itu hendak sampaikan dan secara automatik akan ingat lagu tersebut. Jika dulu aku ingat lagu Muse dan Bumiputra Rockers sekarang aku ingat lagu berunsurkan ketuhanan pula kerana disitu, aku dapati ketenangan dan kebahagian yang berterusan.
Sekian. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah swt.
p/s : lagu dan masyuk, lirik dan terbaeekk, tapi slack kat video kat youtube. Tak ada kena mengena langsung dengan lagu.
lamo syitah x blogging :)
BalasPadamp/s:oghe x ce lgu hok nasyid rock tu, tp lagu ukays tu meme best. hehe