Rabu, 15 Disember 2010

Maafkanlah.


Meski ku rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepadaMu,
namun cinta dalam jiwa,
HANYA padaMu.

Maafkanlah ,
Bila hati tak sempurna mencintaiMu . . .
Dalam dada ku harap,
HANYA diriMu yang bertakhta.

Sabtu, 11 Disember 2010

Inactive Mode T.T

Sudah lama saya tidak update blog saya.

Entahlah kenapa.

Clueless maybe.

Saya akui, saya sangat suka menulis. Dulu, saya sangat suka menulis cerita. Cerita apa-apa sahaja.

Sekarang, saya masih rasa nak tulis cerita, tapi bimbang ia tiada isi yang membawa pembaca-pembaca ke arah kebaikan.

Rasa bersalah jika waktu yang pembaca habiskan di blog saya, menjadi waktu yang sia-sia.
Lebih menakutkan jika, pembaca menjadi lalai jika membaca blog saya.

Ah, fikir sedalam-dalamnya, jadi takut. Takut untuk menulis. Adakah saya ini terlalu penakut?

Mengapakah saya takut?
Ini kerana saya teringat akan nasihat seseorang.
Setiap saat itu amanah.
Nanti di akhirat, kita akan disoal tentang apa yang kita isikan dengan masa kita.

Lalu saya berfikir, jika saya menulis benda-benda yang melalaikan lalu dibaca orang, Ya Allah tiga kali ganda dan mungkin berganda-ganda dosa saya.
1. Berdosa kerana menulis benda yang melalaikan
2. Berdosa kerana pembaca melakukan perkara-perkara yang melalaikan yang ditulis kerana pengaruh penulisan saya.
3.Berdosa kerana mensia-siakan waktu pembaca-pembaca blog saya. Waktu yang mereka luangkan untuk baca blog saya, bawa dosa kepada mereka.

Contohnya situasi di bawah ,
Tajuk post : Dating di Berjaya Times Square
Harini, aku sangat gembira kerana boyfriendku dengan murah hatinya membelikan aku bear. Kami tengok wayang sama-sama, makan sama-sama.
Yang paling best, kami pergi pantai, and he holds my hand. Oh, how sweet he is. He also plucked his guitar and sang to me 'Just the way you are' , Bruno Mars's song. Oh how i love him.

Hmm, sweet saja post di atas.
Yang tiada boyfriend pun rasa nak ada boyfriend.
Yang ada boyfriend pun rasa nak ajak boyfriend dia pergi pantai.
Yang ada tak pernah hold hands pun nak hold hands.
Yang tak pernah dengar boyfriend dia nyanyi untuk dia pun nak suruh boyfriend dia nyanyikan lagu.
Yang tak pernah post cerita fasal dia dating dengan boyfriend dia pun nak post cerita dating kat blog.

Jika hanya si A yang membaca post tersebut dan melakukan perkara yang sama, maka berdosa tak penulis itu? Jika post si A dibaca oleh si B dan dia melakukan perkara yang sama, alamat malanglah la si penulis awal itu.
Itu baru jika seorang yang membaca blog , jika dalam sehari, 100 orang baca blog, almaklumlah followers dan 5000 lebih, traffics dah beribu-ribu sehari.
MasyaAllah, bagaimanakah itu?

Takut, takut, takut.

Ruginya, bakat menulis hebat, blog famous, update setiap hari, namun isinya melalaikan.


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (surah Al-Asr)

Berpesan-pesan dengan kebenaran.
Tugas setiap manusia.

Blog bukan sekadar tempat meluah perasaan, bukan sekadar tempat mengisi kekosongan, bukan sekadar diari hidup, tapi jadikanlah ia tempat berpesan-pesan dengan kebenaran.

Diri ini sangat bimbang untuk menulis, sebetulnya sedang meningkatkan diri, untuk membantu orang lain faham apa yang difahaminya. Semoga Allah tunjukkan hidayah selalu..

p/s: doakan blog ini HIDUP. :)

Sabtu, 6 Mac 2010

Bila Diri Disayangi

Bismillahirahmanirahimm..

Alhamdulillah hari ini aku diberikan lagi peluang olehNya untuk hidup dan beribadah kepadaNya.

Alhamdulillah hari ini aku masih merasa nikmat yang paling besar; nikmat iman dan Islam.

Sesungguhnya, aku merasa diri ini masih lagi disayangi kerana Dia tidak putus-putus melimpahkan rahmatNya kepadaku.

Bercakap tentang disayangi ni, teringat lagu Ukays-Bila diri disayangi. Lagu ini aku kenal masa aku layan Ikim.fm. MasyaAllah, aku layan Ikim, aku pun terperanjat dengan keinginan naluriku tapi begitulah yang aku rasa, feeling dimana setiap benda yang aku buat aku nak biar ada kaitan dengan Dia, Sang Pencipta. Biar segala kerja yang aku laksanakan aku teringat Dia, biar semua benda yang aku buat hanyalah untuk mencari redhoNya. Ya Allah, aku pohon kekalkanlah rasa kehambaan ini.

Aku tak punyai banyak idea untuk menulis, sekadar ingin berkongsi sebuah lagu yang aku rasa liriknya sangat indah dan menyentuh jiwa. Pertama kali mendengarnya, terus menusuk kalbu. Lihat kepada tajuk, Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays, dalam kepala aku terfikir, ini mesti lagu kat aweks. Mungkin sebab ia nyanyian Ukays yang menyebabkan aku pesimis. Jadi, syitah next time jangan buat andaian buruk sebelum kenal ok.

Dah kenal lagu ni, aku jatuh cinta.

Liriknya oleh Habsah Hassan, melodinya oleh Azam.

Mari kita layan dan hayatinya!

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,

Keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,

Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Lagu ini best tambah pula dengan irama rocknya. Kira nasyid jugaklah. Aku suka dengan setiap bait liriknya. Bahasanya mudah untuk difahami. Rangkap kedua menerangkan yang Allah itu tidak ditempat yang spesifik, Dia sentiasa ada dimana-mana sehaja kerana Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ini bermakna sebagai orang Islam kita amatlah beruntung, walau dimana kita berada, kita boleh berdoa meminta pertolongan dariNya. Tidak kira waktu, siang atau malam, kerana Dia tidak tidur, Dia tidak letih, Mahasuci Allah yang amat sempurna. Justeru, kita wajib menjaga hubungan dengan Dia dan mencintai Dia lebih dari segala supaya kita tidak terlepas dari kasih sayangNya.

Namun, ramai orang disekelilingku meletakkan cinta kepada ciptaanNya melebihi cinta kepadaNya dan rasulNya.

Mereka berkasih-kasihan sesama manusia secara haram hingga terjerumus kepada maksiat dan dosa. Mereka mencari cinta yang tidak akan pernah kekal, cinta yang boleh membawa kepada kehinaan, cinta yang aku rasa tidak membawa keberkatan dan faedah.

Teringat ayat Al-Quran berkaitan dengan cinta. Surah At-Taubah ayat 24 :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Mahukah kita menjadi orang fasik? Dimanakah tempat bagi orang yang fasik kalau bukan neraka. Nauzubillahminzalik. Baru kusedar, selama ini aku telah jauh tersasar rupanya, tidak ku arif dan faham tentang ini sebelum ini. Namun Allah Maha Penyanyang, dibukanya tabir jahiliah yang menghadang penglihatanku selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kepada yang membaca tulisan ini, kalau rasa kamu sedemikian, segeralah bertaubat jangan butakan mata buat tidak tahu. Takutlah kita kepada neraka Allah.

Rangkap yang ketiga yang paling favourite. Sungguh, dengan mengingatiNya, kekuatan akan hadir walau dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Ketika waktu susah, jika mengingatiNya, akan terasa segalanya amat senang dan terasa yang Dia masih menyayangi. Walau susah, terasa indah segala, walau payah rasa tenang kerana Dia sentiasa ada. Subhanallah itulah nikmat dari Ya Rahim. Sesungguhnya, Allah sudah berjanji kepada orang mukmin yang lebih kurang bunyinya, “Ingatilah Aku, nescaya kamu akan merasa tenang”.

Begitulah tafsiran aku terhadap lagu ni. Memang jenis aku ni, kalau dengar lagu aku akan cuba korek apa yang lagu itu hendak sampaikan dan secara automatik akan ingat lagu tersebut. Jika dulu aku ingat lagu Muse dan Bumiputra Rockers sekarang aku ingat lagu berunsurkan ketuhanan pula kerana disitu, aku dapati ketenangan dan kebahagian yang berterusan.

Sekian. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah swt.

p/s : lagu dan masyuk, lirik dan terbaeekk, tapi slack kat video kat youtube. Tak ada kena mengena langsung dengan lagu.