Dalam entri yang lepas iaitu entri trifle, aku ada cakap yang aku rindu bangat sama tat buah. Bukan mengidam nak makan tat buah, tapi rindu nak manja-manja dengan tat buah. Hahaha. Rindu nak buat tat buah lah. Aku kan suka masak (poyo saja). Jadi, kali ini dengan sokongan kawan-kawan, dan mereka turun padang sekali, semangat buat tat buah itu kamikaze. Haha. Najat, Fatin dan Lisa ingin berguru dengan aku macam mana cara buat tat buah keramat aku (padahal tak adalah sedap sangat pun tat buah aku buat). Aku dapat idea buat tat buah pun dari bekas ketua pelajar sekolah aku, Kak Mayam. Mekaseh Kak Mayam. Hehe.
Tapi, aku malas explain panjang lebar, aku nak upload saja gambar-gambar. Kita guna teknik visualisation ya. Aku pun suka teknik visualise ni sebab cepat faham. Contohnya, macam belajar Biologilah mesti tengok powerpoint kalau tak, tak tidur malam resah sebab tak faham madam ajar. Okey, sebelum aku lari topik, baik aku upload foto sekarang.
Ni namanya mengayak tepung. Untuk mendapatkan tekstur yang smooth dan lembut.
(pandai-pandai saja aku)
Pukul mentega. Aku guna Buttercup sebab ia best.

Nanti kamu lebihkan gula dalam senyuman kamu lagi bagus. Bahan-bahan ni adalah untuk doh tat.
Gambar hitam putih tu gambar tengah buat cream. Hasilnya, krim kuning yang cantik sedap dimakan. Kenapa ia kuning? Sebab ia ada kastad. Jadi, bagilah nama kat dia krim kastad.
Sekarang, doh dan krim dah siap. tibalah masa untuk membuat kulit tat.
Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan, kulit tat jangan dibiar macam ni. Sila bakar kulit tat ni dalam ketuhar yang pada suhu 180 darjah celcius. Jaga-jaga jangan bagi hangus, sebab benda alah ni cepat masak. Tapi, kalau rasa suka yang hangus apa salahnya kita namakan tat buah gothic. Bunyi macam menarikkan aku pun pernah TERbuat.
Lepas dah bakar, bolehlah letak krim kastad dalam kulit tat dan susun buah-buah diatasnya.
Dah siap letak krim dalam kulit tat, jangan tunggu lama-lama terus susun buah diatasnya. Aktiviti susun buah aktiviti yang best, disamping kamu akan rasa kreatif. Auw. Kalau aku, aku susun 3 jenis buah atas tat supaya nampak colourful dan lovely.
Sekarang aku nak mempersembahkan tat buah yang kami buat. Jeng, jeng jeng!
Itu dia....
Inilah tat buah yang telah siap. Tat buah ini digalakkan letak dalam peti untuk hasil yang terrbaeekk!Sebetulnya, aku banyak snap gambar, Najat, Fatin dan Lisa yang banyak buat. Hehe. Aku menggunakan sepenuhnya kuasa vito yang aku ada untuk membuli dan mengarah sebab mereka kata nak belajar jadi merekalah kena banyak buat kerja. Hehe. Last-last sekali mereka siap tapau tat buah balik rumah mereka.
p/s : Siapa rasa dah meleleh air liur, jangan risau, kamu boleh ambil resepi dekat sini (ha aku dah baik hati bagi link cuma klik saja).
oh, nampak sgt sedap itu tart!
BalasPadamps : raya ritu baru je D buat trifle. nyum3
aww aww
BalasPadammy hand !
hahahaha
daffodil : itu tat nmpak saja sedap. haha.
BalasPadambest kan trifle? rasa nak buat lagi.
ftn : miaw. ur hand tuh penting! hehe
gambar lawa2, amik gne ape ni?
BalasPadamps : trifle D ritu custard terlebih tebal pulak. hehe. tp sume cakap sodap~
D : gambar amek guna d3000 yang fatin punye.
BalasPadamlawa ktne pon tatau.
hoho kalo da sume kate sdap kene wt lg tu.
bleh mintak resepi neh. hehe
syitah !!! suko tat. tp bab nk wat doh hok letihnyo. mulo2 bubuh dlm bekas dio. pah siap bakar, kno tunggeng wat tubek pulok. malah sero. :P nk sket....
BalasPadammacam sedap. mesti cobe :D
BalasPadamjah : hahaha meme letih sebab tu lah syth ajok
BalasPadamrama-rama suh buat. mahu lenguh tengkuk
wat sore. huhu. jah nok amek dale gamba tuh sikit. hok live sudah habis maaa..
nurain : berani? cubalah..=P hahaha
boleh jual ni.. sy serius.. hehe..
BalasPadamxpo lah. wat sedih yah amek hok dlm pic tu. bkn kenyang pun :p
BalasPadamrajen mkn dh hok fatin bwk gi reunion dlu. serius best. sero xse bereti mkn. sapa kno sound ko bdk ni. :))
ezany : u know what? that's a good idea.
BalasPadamhuhu otak bisnes betul lah.
hahaha
pijah : =P
hahaha. jah suh fatin wat jah. hok ari tu jah
make fatin hok wat. ore kelih kelih gitu jah. hehe
hah ngupak. aritu syth tlg wak la. hok ore wak xhau sedak ko dop. kui3
BalasPadam