Bismillahirahmanirrahim.
Cinta.
Cinta kepada Pencipta.
Cinta kepada Rasul.
Cinta kepada Mak dan Ayah.
Cinta kepada keluarga.
Cinta kepada sahabat.
Cinta kepada kekasih.
Cinta pada kebendaan. (duit, kereta, kamera atau apa-apa sahajalah material yang memerlukan duit untuk memilikinya)
Ini bukanlah entri untuk menghuraikan bagaimana bentuk cinta-cinta yang disenaraikan diatas. Ini hanyalah entri untuk memberi peringatan kepada diri aku dan mungkin juga yang membaca. Tiba-tiba idea untuk menulis tentang kisah-kisah cinta di sekeliling aku datang menerjah minda. Apa lagi, aku buka notepad dan tulis sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi bukit. Haha buat apa jadi bukit, buat rugi saja, harap dapat jadi sesuatu yang bermanfaat untuk yang membaca.
Selama aku hidup ni, aku banyak belajar tentang cinta dari pengalaman orang lain. Pengalaman sendiri itu ada cuma tidak sebanyak yang aku timba dari pengalaman orang lain. Sejak aku melangkah ke sekolah menengah, tidak dinafikan perasaan untuk mencinta dan dicintai itu wujud. Apalah sangat budak yang berumur 14 tahun masa itu tahu mengenai cinta? Yang mereka tahu mereka nak cuba merasainya setelah melihat disekeliling ramai yang bermain cinta. Empat belas tahun bukanlah masa yang sesuai untuk berfikir tentang cinta, yang lelaki baru nak mimpi basah, manakala yang perempuan pula ada yang baru datang haid. Waktu ni, mereka tengah nak masuk alam remaja dimana mereka mengalami perubahan hormon dan perubahan fizikal. Mereka haruslah pandai mengadaptasi suasana tersebut.
Aku tak terkecuali dari terkena godaan cinta dizaman persekolahan, zaman budak-budak mentah. Kalau ingat balik, rasa lucu boleh senyum seorang. Kalau lepak dengan kawan-kawan terutama Faz memang akan gelak pecah perut jika cerita cinta zaman sekolah. Mungkin kamu juga pernah rasa geli hati dengan kisah cinta zaman sekolah kamu bila diungkit balik sekarang. Sebab apa? Sebab sekarang dah matang dah boleh fikir perkara tersebut amatlah silly. Wahai budak-budak, aku nak tekankan perkara tersebut amatlah silly.
Kalau diingat balik, aku mengaku yang aku rasa teramat bodoh semasa aku terlibat dengan cinta tatkala aku berumur 14 tahun. Aku tak akan lupa yang aku menangis sepilu-pilunya dan aku tak akan lupa aku rasa resah gelisah sewaktu si dia (konon la ni) menyepi entah kemana. Waktu itu, Faz sahabat baik aku amatlah setia denganku beri aku semangat tak jemu-jemu melayan karenah aku yang merindui dia. Betapa seorang sahabat sanggup melayan karenah gila aku yang pagi petang bercerita tentang dia semasa mabuk bercinta. Masuk umur 15 tahun, aku masih lagi melibatkan diri dengan perkara yang amat membuangkan masa itu (biasalah budak baru nak naik ni). Aku tetap dengan mabuk bercinta, siang malam melayan jiwang karat. Aku terlibat dengan cinta budak sekolah atau cinta monyet hinggalah aku berumur 17 tahun. Masuk 17 tahun aku dah tak terlibat setelah kesedaran datang menjengah, Alhamdulillah. Masa itu, barulah aku fikir, betapa banyaknya masa, duit mak ayah dan tenaga terbuang hanya untuk perkara yang sia-sia. Masa tu, aku sedar yang aku banyak mengetepikan orang-orang yang ikhlas menyangi aku selama ini.
Aku sedar aku banyak mengecewakan mereka. Aku rasa amat bersalah terutama kepada mak ayah dan Faz. Duit yang mak ayah berikan aku gunakan untuk perkara yang tidak mendatangkan untung buatku (topup untuk berhubung dan dating), aku ni anak jenis apa agaknya. Mak ayah berharap setinggi gunung untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran tidak kisah anak ini minta duit sebanyak mana asalkan anak ini senang untuk belajar. Tapi apa yang telah aku buat dengan harapan suci mak ayah aku itu, aku bunuh harapan mereka. Ya, memang keputusan PMR dan SPM dalam kategori okey tapi aku tidak merasakan berkat disebalik itu.
Faz pula, yang selalu berada disisi dikala aku jatuh, aku tidak hargai sepenuhnya. Aku buang masa Faz dengan cerita cinta entah apa apa aku, aku tidak hiraukan dia dikala aku bahagia dengan si dia (aku nak muntah bila ingat balik). Aku sedar semua tu Faz. Maafkan aku, tak mungkin aku buat semua tu lagi. Kepada kamu yang asyik bercinta dengan lelaki atau perempuan, kamu mungkin tak sedar, kawan yang sentiasa berada disisi kamu sisihkan. Kamu habiskan masa kawanmu dengan bercerita tentang cinta kamu dengan balak/minah kamu. Kawan kamu tidak akan kata berhenti walaupun dia jemu nak muntah hijau dengan cerita cinta gila kamu, kawanmu akan sentiasa dengar dengan penuh perhatian kerana dia kawan yang setia.
Dulu, kalau aku lepak dengan kawan-kawan telefon bimbit mesti dalam tangan kerana berbalas mesej dengan si dia. "Wey, Syitah kau ingat kau seorang ke ada balak?” (marah diri sendiri sekarang sebab amat bodoh masa tu). Faz selalu cakap, kalau lepak dengan dia tolonglah jangan layan balak. Okey, aku dah rasa perasaan itu sekarang ni, dimana waktu lepak kawan-kawan ada yang pegang telefon layan balak/minah dia. Rasa sakit hati gila sebab aku kena ulang suara apabila aku cakap kawan aku tak dengar sibuk tekan keypad layan mesej. Rasa macam nak baling dalam longkang saja telefon kawan aku tu lepas tu cakap kat dia, "Kalau kau nak layan balak kau balik aaa!" Benda macam ni selalu jadi kat perempuan, kalau lelaki masa lepak dengan kawan-kawan "Mampus pi la awek aku". Come on girls, do appreciate time with your friends, don’t be too obsess with your boys. Kalau kau nak obses dengan balak kau dan tidak peduli perasaan kawan-kawan, tidak mengapa, teruskan tapi jangan buat muka tak malu cari kawan bila ada masalah dengan balak kau. Percayalah perempuan, masalah dengan teman lelaki kau mesti ada, yang dah kahwin pun ada masalah inikan pula yang baru setahun jagung, mendabik dada tahu mengenai cinta lantas melibatkan diri dengan cinta.
Apabila aku jejak kaki ke Uia, aku sedar aku dah banyak buat salah. Salah, salah salah tu Syitah (aku cakap pada diri sendiri semasa belajar di Uia). Rupa-rupanya keterbukaan aku selama ini mengenai sesetengah hal adalah salah. Mujur Allah memberikan aku kesempatan untuk menyedari, Alhamdulillah, kalau tak sampai sekarang aku hanyut dibuai mimpi-mimpi yang menipu (syaitan terkutuk tak akan penat memperdaya).
Pengalaman banyak mengajar sebab itulah, kita hidup sekarang ni masih memerlukan nasihat orang-orang tua kerana mereka dah hidup lama. Dah rasa pahit manis zaman muda macam kita dan tak ingin kita silap macam mereka. Mereka sayang kita. Aku mula sedar yang bermain cinta monyet hanyalah rugi yang aku dapat. Aku bernasib baik kerana kawan-kawan baik tidak angkat kaki tinggalkan aku disaat aku mabuk bercinta. Kalau aku jadi mereka, aku dah lama blah kalau dapat kawan yang macam aku ni. (ni dulu-dulu la sekarang aku dah sedar). Jadi kepada budak-budak baru nak naik yang tengah bercinta monyet tak payah fikir fasal benda ni, kerana aku tahu otak kamu tak cukup bijak lagi untuk fikir dan buat keputusan yang kasi untung kat diri sendiri. Melainkan yang bijak dan matang berfikir akan buat yang sepatutnya. Pengalaman cinta monyet tidak semestinya dirasai sendiri, kalau boleh kaut pengajarannya daripada cerita orang lain adalah sesuatu yang bijak.
Ini cerita disebalik kisah cinta aku, nanti aku nak kongsi kisah-kisah cinta orang-orang di sekeliling aku. Cerita ini bukanlah untuk membuka pekung didada tetapi aku ingin kongsi supaya dapat dijadikan pengajaran untuk aku sendiri Ini adalah entri pembukaan kepada kisah cinta yang seterusnya.
p/s : biasalah, masa aku budak sekolah dulu pun aku suka budget yang aku tahu semua padahal hakikatnya, budak sekolah tak tahu apa-apa pasal cinta.
:)
BalasPadamsedih sket kalo kecek pasal cinta, relationship, together.
sebab byk sgt maksiat hok kito wak doh.
The rite time will come, insyaAllah. Just believe in that.
BalasPadam"A gud man is for a gud woman, n vice versa"
=)
BalasPadamftn : meme sedih pun tapi at least kito kaba key bendo tuh. harap kito tetap kaba pah sokmo. InsyaAllah..
jah : yes i totally agree with u jah. though i still thinking that i'm not good enough tp pray for a good man. duhh. but then i still pray.