Bismillahirahmanirrahim.
Aku kemalangan.
Kemalangan yang pertama kali dalam hidup aku neh. Yang special dan sayunya kemalangan yang menimpa diri aku ni terjadi selepas aku pergi JPJ buat lesen P. Oh, tidak.
Mengapakah tidak kemalangan sebelum mendapat lesen?
Mengapakah tidak saja kemalangan dua hari selepas mendapat lesen?
Oh, usah ditanya mengapa kerana ia tidak mungkin terjawab. Kalau nak jawapan, kena pandai-pandai jawab sendiri bagi sejuk hati.
Sungguh, aku sedih. Iyalah, cuba kamu bayangkan. Kamu tidak pernah memandu sebelum ini oleh kerana mak atau ayah kamu tidak setuju kamu memandu tanpa lesen P. Sudah tentunya kamu agak frust kerana kawan kamu yang tidak berlesen P suka hati je boleh pandu kereta dan mak bapak mereka pun rilex je. Tapi tak apa. Kamu sabar sahajalah sampai dapat P. Apabila kamu mendapat P, wah sudah tentu kamu akan merasa hendak melompat excited. Iyalah kan dapat drive! Tapi, apa yang terjadi kamu ditegah sama sekali pandu kereta kerana kamu terlibat dengan kemalangan yang tidak meragut nyawa sesiapa (hanya melibatkan kecederaan pada kereta) sejurus kamu mendapat P.
Aaaargghhhhhh. Perasaan itu sungguh terrible. Maha dahsyat. Cubalah imagine, kamu agak fobia dengan kemalangan yang berlaku kerana ia berlaku pada waktu yang tidak disangka-sangka dan pada waktu yang sama kamu dimarahi oleh mak bapak kamu kerana kemalangan dan mereka warning, "Start hari ini, jangan drive". Padahal kamu baru je nak mula drive. Sayu. Sayu. Sayu. Tapi benda macam itu tak berlaku pun pada diri aku. Saja je aku daydreaming kalau-kalau ia berlaku. Huh.
Cerita yang sebenarnya,
betullah aku kemalangan. Masa itu aku baru sahaja pergi JPJ buat lesen P aku. Hari Isnin lepas. Aku pergi dengan Adam dan Lisa. Maksudnya disini kami bertiga menaiki Kancil Adam. Lepas aku dapat lesen P aku, aku jadi excited la kan sehingga aku menari-nari. Uhuh. Uhuh. Adam dengan bermurah hati menawarkan aku supaya memandu Kancilnya. Anda sungguh memahami Adam. Terima kasih.
Namun, langit tak selalunya cerah. Bukan hujan nak turun, tapi Kancil yang aku bawa dilanggar oleh Mercedes. Masa tu, aku berada di line kanan, dan Adam suruh aku belok kiri. Aku belok kiri tanpa beri signal sebab aku ingatkan dah clear dah Adam bagi instruction tu. Rupanya tidak, tiba-tiba Mercedes memotong dengan agak laju di line kiri dan KEBABO!. Salah siapa? Salah aku. Dia salah tak? Entah. Tapi, aku bersyukur yang teramat sangat. Tuan Merc tu nak let go saja tanpa cerita panjang. Anda sungguh baik dan pemurah. Terima kasih.
Kalau nak kira, kerosakan Merc dia tu bolehlah tahan aku rasa kalu fix tu mahal tu. Apapun, kereta Adam damage teruk. Dua-dua pintu belah kiri tak boleh buka. Jadi kena tukar dua-dua belah pintu. Huh. Setelah ditanya paling-paling murah RM700 nak repair. Aku menung kejap. Mana aku nak cari duik sebanyak itu??? Pusing kepala aku fikir pasal duit. Damn.
Walaupun aku terasa malang namun aku bersyukur tiada yang cedera cuma Lisa ada mengadu yang bahu dia agak sakit namun tidaklah serius. Aku bersyukur juga mak dan ayah aku berada di Sabah. Kalau tidak teruk aku kena. For sure, aku tidak dibenarkan pandu kereta lepas ni macam yang dah aku imagine kat atas. Percayalah. Sebab itulah aku buat keputusan tak inform mereka. Ssshhhh.
Adam takut nak balik rumah. Aku agak parent dia sama macam parent aku. Garang. Keesokan hari aku tanya khabar dia. Dia cakap dia kena teruk. Tapi dia still calm and beritahu aku "Takpela Syth benda dah nak jadi". Mesti sucks
Aku rasa malu. Aku janji aku akan bayar semua. Tapi, aku perlukan masa. Aku juga rasa sungguh sayu namun aku amat bersyukur kerana Tuhan masih sayangkan aku dan panjangkan nyawa aku, Lisa dan Adam.
Alhamdulillah.
p/s:Adam cakap 'bawok keto plehe pong buleh kemalange'. Jadi nasihat aku, bacalah doa naik kenderaan.
dang!
BalasPadamxpolah, janji slmt blako.
BalasPadamBad experience kn?
BalasPadamtapo tapo.
wak kito lg careful.
bendo nop jadi xley wak gno dh.
:)
chill sayangg :D
dear...
BalasPadambkpo dop oyap nyo..
ni nk follow blog pom x leh...
eemm...td shfh pom..huhu
tp bkan ngn keto..
ngn tiang lmpu..undur x ingt dunia...den..ssrrreeekkkk.....tepi 2 calar..
tp supo ar...
sshhhh...jge oyap sapo...
hahahaha....
wrawos:
BalasPadamding!
dila:
yep.Alhamdulillah slmt blako.
hok tuh hok ptg skali.
hershey Que:
thnks hunn.
alwys b there 4 me.
muahs.
cheeyFAR:
xpo la hunn..
bg xperience sumer tu kan.
so lets learn from mistake..
huhu...
kah3..
okie2..
sshh...i keep it 2 maself..