Rabu, 15 Disember 2010

Maafkanlah.


Meski ku rapuh dalam langkah,
Kadang tak setia kepadaMu,
namun cinta dalam jiwa,
HANYA padaMu.

Maafkanlah ,
Bila hati tak sempurna mencintaiMu . . .
Dalam dada ku harap,
HANYA diriMu yang bertakhta.

Sabtu, 11 Disember 2010

Inactive Mode T.T

Sudah lama saya tidak update blog saya.

Entahlah kenapa.

Clueless maybe.

Saya akui, saya sangat suka menulis. Dulu, saya sangat suka menulis cerita. Cerita apa-apa sahaja.

Sekarang, saya masih rasa nak tulis cerita, tapi bimbang ia tiada isi yang membawa pembaca-pembaca ke arah kebaikan.

Rasa bersalah jika waktu yang pembaca habiskan di blog saya, menjadi waktu yang sia-sia.
Lebih menakutkan jika, pembaca menjadi lalai jika membaca blog saya.

Ah, fikir sedalam-dalamnya, jadi takut. Takut untuk menulis. Adakah saya ini terlalu penakut?

Mengapakah saya takut?
Ini kerana saya teringat akan nasihat seseorang.
Setiap saat itu amanah.
Nanti di akhirat, kita akan disoal tentang apa yang kita isikan dengan masa kita.

Lalu saya berfikir, jika saya menulis benda-benda yang melalaikan lalu dibaca orang, Ya Allah tiga kali ganda dan mungkin berganda-ganda dosa saya.
1. Berdosa kerana menulis benda yang melalaikan
2. Berdosa kerana pembaca melakukan perkara-perkara yang melalaikan yang ditulis kerana pengaruh penulisan saya.
3.Berdosa kerana mensia-siakan waktu pembaca-pembaca blog saya. Waktu yang mereka luangkan untuk baca blog saya, bawa dosa kepada mereka.

Contohnya situasi di bawah ,
Tajuk post : Dating di Berjaya Times Square
Harini, aku sangat gembira kerana boyfriendku dengan murah hatinya membelikan aku bear. Kami tengok wayang sama-sama, makan sama-sama.
Yang paling best, kami pergi pantai, and he holds my hand. Oh, how sweet he is. He also plucked his guitar and sang to me 'Just the way you are' , Bruno Mars's song. Oh how i love him.

Hmm, sweet saja post di atas.
Yang tiada boyfriend pun rasa nak ada boyfriend.
Yang ada boyfriend pun rasa nak ajak boyfriend dia pergi pantai.
Yang ada tak pernah hold hands pun nak hold hands.
Yang tak pernah dengar boyfriend dia nyanyi untuk dia pun nak suruh boyfriend dia nyanyikan lagu.
Yang tak pernah post cerita fasal dia dating dengan boyfriend dia pun nak post cerita dating kat blog.

Jika hanya si A yang membaca post tersebut dan melakukan perkara yang sama, maka berdosa tak penulis itu? Jika post si A dibaca oleh si B dan dia melakukan perkara yang sama, alamat malanglah la si penulis awal itu.
Itu baru jika seorang yang membaca blog , jika dalam sehari, 100 orang baca blog, almaklumlah followers dan 5000 lebih, traffics dah beribu-ribu sehari.
MasyaAllah, bagaimanakah itu?

Takut, takut, takut.

Ruginya, bakat menulis hebat, blog famous, update setiap hari, namun isinya melalaikan.


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (surah Al-Asr)

Berpesan-pesan dengan kebenaran.
Tugas setiap manusia.

Blog bukan sekadar tempat meluah perasaan, bukan sekadar tempat mengisi kekosongan, bukan sekadar diari hidup, tapi jadikanlah ia tempat berpesan-pesan dengan kebenaran.

Diri ini sangat bimbang untuk menulis, sebetulnya sedang meningkatkan diri, untuk membantu orang lain faham apa yang difahaminya. Semoga Allah tunjukkan hidayah selalu..

p/s: doakan blog ini HIDUP. :)

Sabtu, 6 Mac 2010

Bila Diri Disayangi

Bismillahirahmanirahimm..

Alhamdulillah hari ini aku diberikan lagi peluang olehNya untuk hidup dan beribadah kepadaNya.

Alhamdulillah hari ini aku masih merasa nikmat yang paling besar; nikmat iman dan Islam.

Sesungguhnya, aku merasa diri ini masih lagi disayangi kerana Dia tidak putus-putus melimpahkan rahmatNya kepadaku.

Bercakap tentang disayangi ni, teringat lagu Ukays-Bila diri disayangi. Lagu ini aku kenal masa aku layan Ikim.fm. MasyaAllah, aku layan Ikim, aku pun terperanjat dengan keinginan naluriku tapi begitulah yang aku rasa, feeling dimana setiap benda yang aku buat aku nak biar ada kaitan dengan Dia, Sang Pencipta. Biar segala kerja yang aku laksanakan aku teringat Dia, biar semua benda yang aku buat hanyalah untuk mencari redhoNya. Ya Allah, aku pohon kekalkanlah rasa kehambaan ini.

Aku tak punyai banyak idea untuk menulis, sekadar ingin berkongsi sebuah lagu yang aku rasa liriknya sangat indah dan menyentuh jiwa. Pertama kali mendengarnya, terus menusuk kalbu. Lihat kepada tajuk, Bila Diri Disayangi nyanyian Ukays, dalam kepala aku terfikir, ini mesti lagu kat aweks. Mungkin sebab ia nyanyian Ukays yang menyebabkan aku pesimis. Jadi, syitah next time jangan buat andaian buruk sebelum kenal ok.

Dah kenal lagu ni, aku jatuh cinta.

Liriknya oleh Habsah Hassan, melodinya oleh Azam.

Mari kita layan dan hayatinya!

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,

Keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,

Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri


Lagu ini best tambah pula dengan irama rocknya. Kira nasyid jugaklah. Aku suka dengan setiap bait liriknya. Bahasanya mudah untuk difahami. Rangkap kedua menerangkan yang Allah itu tidak ditempat yang spesifik, Dia sentiasa ada dimana-mana sehaja kerana Dia Maha Melihat dan Maha Mendengar. Ini bermakna sebagai orang Islam kita amatlah beruntung, walau dimana kita berada, kita boleh berdoa meminta pertolongan dariNya. Tidak kira waktu, siang atau malam, kerana Dia tidak tidur, Dia tidak letih, Mahasuci Allah yang amat sempurna. Justeru, kita wajib menjaga hubungan dengan Dia dan mencintai Dia lebih dari segala supaya kita tidak terlepas dari kasih sayangNya.

Namun, ramai orang disekelilingku meletakkan cinta kepada ciptaanNya melebihi cinta kepadaNya dan rasulNya.

Mereka berkasih-kasihan sesama manusia secara haram hingga terjerumus kepada maksiat dan dosa. Mereka mencari cinta yang tidak akan pernah kekal, cinta yang boleh membawa kepada kehinaan, cinta yang aku rasa tidak membawa keberkatan dan faedah.

Teringat ayat Al-Quran berkaitan dengan cinta. Surah At-Taubah ayat 24 :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Mahukah kita menjadi orang fasik? Dimanakah tempat bagi orang yang fasik kalau bukan neraka. Nauzubillahminzalik. Baru kusedar, selama ini aku telah jauh tersasar rupanya, tidak ku arif dan faham tentang ini sebelum ini. Namun Allah Maha Penyanyang, dibukanya tabir jahiliah yang menghadang penglihatanku selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kepada yang membaca tulisan ini, kalau rasa kamu sedemikian, segeralah bertaubat jangan butakan mata buat tidak tahu. Takutlah kita kepada neraka Allah.

Rangkap yang ketiga yang paling favourite. Sungguh, dengan mengingatiNya, kekuatan akan hadir walau dalam apa jua keadaan yang kita lalui. Ketika waktu susah, jika mengingatiNya, akan terasa segalanya amat senang dan terasa yang Dia masih menyayangi. Walau susah, terasa indah segala, walau payah rasa tenang kerana Dia sentiasa ada. Subhanallah itulah nikmat dari Ya Rahim. Sesungguhnya, Allah sudah berjanji kepada orang mukmin yang lebih kurang bunyinya, “Ingatilah Aku, nescaya kamu akan merasa tenang”.

Begitulah tafsiran aku terhadap lagu ni. Memang jenis aku ni, kalau dengar lagu aku akan cuba korek apa yang lagu itu hendak sampaikan dan secara automatik akan ingat lagu tersebut. Jika dulu aku ingat lagu Muse dan Bumiputra Rockers sekarang aku ingat lagu berunsurkan ketuhanan pula kerana disitu, aku dapati ketenangan dan kebahagian yang berterusan.

Sekian. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah swt.

p/s : lagu dan masyuk, lirik dan terbaeekk, tapi slack kat video kat youtube. Tak ada kena mengena langsung dengan lagu.


Jumaat, 11 Disember 2009

1/2 Sem

Bismillahirahmanirrahim.

Setengah semester dan berlalu. Hari ini pun dan ramai angkat kaki pulang ke kampung. Aku masih lagi kat sini dengan sahabat tersetia aku kat Uia Najat Hashim. Fatin Fatah another sahabat setia budak Uia Nilai, akan datang PJ juga lepas tamat exam beliau petang esok. Janji kami bertiga nak jalan-jalan ke Genting Highland. Dah lama kami plan dan kali ini kami bulatkan tekad walaupun ramai yang cancel tak jadi pergi tinggal kami bertiga (tunggu korang sampai tua aku tak jejak kaki Genting). Kalau dikira, sejak habis Spm asyik plan nak pergi Genting (macam tak ada tempat lain dah). Ingat lagi, plan ramai-ramai sambil lunch makan keropok lekor air oren kat sebelah toilet blok form 5 ZS. Port tu best walaupun sebelah toilet, ia tak busuk, angin sepoi-sepoi bahasa view tak boring sebab boleh tengok gelagat manusia macam-macam. Tinggalkan kejap fasal kenangan zaman form 5 pijak balik atas garis realiti dimana sekarang aku berlari-lari atas bumi Uia.


Realitinya, bukanlah fasal sahabat setia yang aku nak tulis kat sini, bukan fasal keterujaan mahu ke Genting, bukan jua fasal keropok lekor dan ZS, bukan bukan bukan. Ini fasal kejutan budaya (culture shock) pelajar sekarang bila masuk alam university atau lebih tepat melepasi alam persekolahan. Kejutan budaya ni macam-macam maksud aku terbahagi kepada beberapa kategori. Yang mampu aku klasifikasikan disini culture shock dari segi sosial, pembelajaran dan apa-apa lagilah.


Yang culture shock dari segi sosial memang berlambak disana sini. Sebagai contoh yang bertudung litup akan berbuka aurat apabila melangkah ke university atau kolej, yang dulu benci couple akan berkepit dengan partner macam belangkas , usah dipanjangkan cerita sebab masing-masing dah besar dan boleh menilai baik dan buruk. Cuma yang beza ialah orang yang menilai dengan akal semata mata atau beserta dengan mata hati.


Culture shock dari segi pembelajaran pula ialah apabila anda tak boleh adapt cara pembelajaran di university atau kolej. Samada anda tidak boleh catch up lecture atau anda tak biasa study secara berdikari dimana spoon-feeding method tidak diguna pakai oleh lecturer anda. Ya Tuhan, itulah yang aku tengah alami sekarang dan ia amatlah menyeksakan fizikal dan mental. Tengah-tengah elok, niat has been setup, nak study betul-betul datang ujian yang bagi aku sungguh torturing, MasyaAllah sudah tentu air mata adalah indicator terbaik perasaan seksa itu. Tak pernah aku sangka dapat culture shock yang macam ini, padahal inilah hakikat kehidupan alam universitas.


Sungguh babe, aku zero dalam subjek Chemistry sekarang ini. Lebih tepat physical Chemistry. Zero bukan hero. Aku tak pernah lupa Kimia subjek kegemaran aku masa Spm dulu dan aku tak pernah lupa dengan confident aku berkongsi ilmu dengan mengajar kawan-kawan. Aku takkan lupa betapa aku excited bila tiba kelas tuisyen Kimia dengan Mrs Tan. Tapi sekarang lihatlah, kuiz aku tak sampai suku markah pun aku dapat. F. Siapa kata cemerlang dalam Spm kau akan cemerlang masa kat universiti. Salah bai salah. Spm kau tak tentukan apa-apa bila kau dah masuk university, ia tinggal kertas yang kau boleh lipat-lipat buat jet lepas itu buang dalam tong sampah.


Itulah, kan ustazah dah pesan :

Cari ilmu kerana Allah ya murid-murid, bukan kerana nak gempak dalam exam.


Niat kena betul. Patutlah mereka selalu pesan ; sentiasa perbaharui niat anda, letakkan segala-galanya kerana Allah moga-moga apa sahaja yang dikejarkan menjadi ibadah bukan menjadi perkara yang sia-sia. Terima kasih kat mereka, mereka cukup tinggi ilmu cukup ikhlas dalam mentarbiyah.


Jadi sekarang aku dah terkena sejenis bisa yang bernama culture shock, jadi apakah langkah yang patut aku ambil? Berdasarkan pemerhatian lemah aku ni dan dengan sedikit bertanya aku mendapat beberapa langkah iaitu :

1. 1. Perbaharui niat nak study. study kerana Allah bukan kerana nak jadi star.

2. 2. Persediaan yang awal sebelum lecture, pastikan tahu serba sedikit apa yang akan dipelajari. (aku tak pernah buat benda ni tapi sekarang nampaknya kena buat)

3. 3. Make effort untuk nota , kalau malas tulis nota rembat nota member yang pandai lepas tu fotostat tapi make sure faham nota beliau tu.

4. 4. Tak faham terus terkam tanya saja siapa-siapa yang berdekatan. Jangan tanya kucing tapi tanya orang. Kalau yang berdekatan pun dah agak blur tak tahu nak explain, usaha cari orang lain tak pun tanya lecturer terus. Apa pun kena faham juga pada masa tersebut. Cari ilmu kena ghairah ya bak kata lecturer Kimia saya. (yang ni aku sangat-sangat setuju, buatlah apa pun kalau passion tinggi InsyaAllah boleh berjaya)

5. 5. Buat latihan. Practice make perfect bai. Walaupun tak jadi perfect, ia akan jadi better.

6. 6. Yang ke-6 ini penting. Belajar dengan kawan-kawan. Dalam kes ni, kena pandai pilih kawan. Maksudnya, kalau slow, pilih kawan yang cepat pickup untuk study sama-sama. Yang best kalau tak faham tak payah belek buku tebal tu just tanya dia insyaAllah terjawab persoalan dalam kepala tu.

7. 7. Berdoa supaya Allah terangkan hati supaya mudah terima ilmu. Ini kerana kalau hati itu sudah gelap dikotori dengan maksiat dan dosa, susah ilmu nak lekat (menurut Ustaz Imran). MasyaAllah, patutlah aku susah saja nak faham banyak dosa aku ni. Iskisk. (ngisah smeta)

8. 8. Tawakal kepada Yang Memiliki Segala Ilmu. Ilmu itu hak Dia hanya Dia yang akan mengizinkan segalanya.


Haaaa. Demikianlah langkah-langlah yang aku tengah usahakan sekarang. Kalau kena culture shock kayak gini emangnya depress sangat-sangat. Jerawat pun bertambah-tambah. Normal, hidup budak universti memang macam tu (senior bagitau ni). Kepada sesiapa yang rasa kena culture shock macam aku, usah sedih-sedih. Kamu tak keseorangan ramai lagi yang macam kamu. Yakinlah Allah sentiasa membantu jika niat itu betul. InsyaAllah.

Khamis, 22 Oktober 2009

Penantian Yang Meresahkan Jiwa

Bismillahirahmanirrahim


Hari ini 22 Oktober 2009. Tarikh yang ‘ditunggu-tunggu’ oleh semua budak-budak Uia kerana pada tarikh ini keputusan peperiksaan semester 1 (bagi budak-budak tahun pertama macam aku) keluar dan kena cek secara maya. Dan dalam masa yang sama cuti dah nak sampai ke penghujungnya. Oh, masa berputar begitu pantas sekali, begitu pantas walaupun aku rasa selama aku cuti aku duduk rumah saja makan, tidur, online, tengok tv. Kehidupan yang begitu malas tapi seronok boleh goyang kaki namun perut tetap kenyang dahlah makanan best tak macam kat Uia. Seperti biasa, rasa tidak hingin balik Uia dirasai oleh hampir semua budak Uia termasuklah aku. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Bila lagi nak belajar, masa muda inilah masa yang paling cool untuk belajar segala ilmu yang ada. (sejukkan hati).


Jadi, berbalik kepada topik (dah terkeluar tajuk rupanya) keputusan peperiksaan semester 1 akan diumumkan hari ini. Ada lagi ke yang tak tahu? Dah tahu sekarang, apa lagi buka laman web Uia dan boleh cek. Eh nanti dulu, mereka kata boleh cek lepas pukul lima petang bukan lima pagi. Tengok jam anda dulu, kalau rasa belum sampai masa, bersabar, banyakkan berdoa kat Allah s.w.t. dan bertawakal. Mana tahu ada miracle nak jadi, kamu rasa kamu bodoh gila tapi keluar keputusan gempak nak mati. Semuanya di tangan Allah, jangan risau. Dia lebih tahu apa yang kamu patut dapat jadi serahlah kepada Dia segalanya.


Pada saat ini, aku tak rasa apa-apa walaupun kawan-kawan kata dada mereka rasa 'dup dap dup dap' dada nak meletup. (cover saja ni padahal jiwa kacau dah ni) Entah-entah ada yang tak boleh tidur pada masa ini sebab gelisah fikir fasal benda ini. Teringat pula masa keputusan SPM nak keluar dulu, ramai saja yang tak boleh tidur. Tapi, aku pun tak boleh tidur sekarang ni, namun bukan sebab keputusan exam tapi sebab dah tidur melampau-lampau tadi. Aku dah letih tidur ni, jadi tak mengantuk, mungkin nak dekat Subuh nanti akan rasa mengantuk bila setan-setan yang hodoh lagi hina datang goda tidur sebelum solat. Ya, aku tak mengantuk lepas tu rasa nak membobok (jangan tiru perkataan ini salah dari segi tatasusila bahasa). Kalau rasa nak membobok datang idea banyak saja sampai tak tertulis.


Sebetulnya, aku risau dengan keputusan exam nanti. Kenapa aku risau? Sebab aku tak berikan yang terbaik dan aku tak usaha semaksima yang mungkin. Banyak main-main terutama masa exam midsem. Keputusan macam haprak. Aku tak salahkan sesiapa aku salah diri aku sendiri yang berpenyakit malas dan tidak serius dalam menimba ilmu. Sudahlah datang kelas selalu lambat. Aku perempuan, sepatutnya tidak ada masalah lambat ke kelas (siapa kata aku banyak kali saja lambat). Bahkan, aku rasa hampir tiap-tiap hari aku lambat masa tengah-tengah semester tu. Semua lecturer yang mengajar aku memang kenal dengan budak perempuan yang nama Asyitah bukan sebab bagus tapi sebab top latecomer. Pernah sekali madam Biologi perli aku depan kelas masa pertama kali datang kelas dia lambat. Kalau kelas Biologi aku tak ada masalah dengan datang lambat sebab selalunya kelas petang tapi masa tu, ada extra class madam buat pagi pukul 7 pula tu. Pukul 7 PAGI tu! Mahu mamai aku masuk kelas. Kan aku dah warning kalau nak buat extra class jangan buat pagi cari nahas saja. Tapi,bukan aku seorang datang lambat ada la lagi 2-3 orang budak laki muka datang lambat macam aku.


Ya, aku susah bangun dari tidur. Sangat-sangat susah. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau aku bangun awal tu, sebab aku baru munasabah diri sebelum tidur. Tapi, aku beruntung sebab roomates aku semuannya berhati mulia tidak pernah rasa jemu kejutkan aku pagi-pagi. Complicated kot kejutkan aku. Susahnya nak kejutkan aku, kalau dirumah memang ayah atau abang aku yang bertugas kejutkan aku. Ada sekali masa aku 16 tahun ayah aku renjis air sebab aku tak bangun-bangun.(ni dolu-dolu la) Ish, ada juga terfikir kalau dah berumahtangga nanti macam mana ya. Buat malu saja. Tapi mana tahu, terus bangun bila dapat good morning kiss ke. Oh, yang tu cerita masa depan, tak payah fikir lagi, tapi wahai Syitah digalakkan ubahlah habit tak bagus itu slow-slow mula dari SEKARANG. Hah, ni memang dah lari tajuk tahap gaban, tidak mengapa, bila lagi nak manja-manja dengan blog, tulis panjang-panjang.


Tapi, tapi, tapi, berbalik pada topik, aku takut ni weh. Takut kalau pointer rendah gila sebab aku tak pergi tasmik (hafal ayat Quran dengan makna dia lepas tu kena baca depan ustaz) hari tu. Yang pasti, 5 markah dah hilang. Ha, tak ada 5 markah mana nak jadi 4 weyy? Poyo saja memang jauhlah 4 tu dengan aku. Cuma aku berharap dengan harapan yang tulus suci janganlah pointer rendah sangat. Kalau pergi tasmik hari tu, tak adalah tak puas hati macam ni. Salah aku juga. Aku tak datang tasmik tepat pada waktu. Mereka semua dah tasmik tinggal aku seorang. Hish, budak kelas aku serius skema nak mati awal-awal lagi dah pergi jumpa ustaz untuk tasmik. Budak-budak kelas aku memang skema dan mereka teramatlah bijak sampai ustaz pun puji. Yalah, budak-budak Medic, Dentist, Pharmacy and etc. Aku rasa kalau yang paling tak pandai dan malas dalam kelas tu akulah orangnya. Masa tengok markah terkumpul FIM (Basic Theme of Al-Quran namanya) hari tu, aku memang terkesima habis lah. Mereka (geeks in my class) skor tinggi memang antara 36-38/40. Aku yang tengok ni rasa bangga sebab berada dalam kelas jenis tu, mereka apatah lagi. Tapi, aku naik hairan tengok markah golongan arkitek yang ustaz aku tu ajar. Markah mereka tidak rendah tidak tinggi, tapi ramai gila arkitek yang tidak tasmik. Bapak slumber. Nak cari golongan macam ni untuk lepak sekaki dalam kelas aku jangan harap, haram tak akan jumpa. Namun begitu, mengapa letak FIM dalam pointer. Hampeh la.


Aku risau sangat ni. Markah peperiksaan pertengahan semester memang rendah serendahnya. Kiranya, aku bergantung harap dengan markah peperiksaan semester akhir. Fikir balik, cuak. Cuak sebab aku tak nak kecewakan mak bapa aku. Aku tak kisah markah aku rendah kalau benda tu tak akan buat mak ayah aku sedih. Tapi, hakikatnya, setiap mak ayah ingin lihat anak mereka dapat cemerlang dalam peperiksaan, kalau rendah mereka akan kecewa.


Sebab itulah, aku ada terfikir jika pointer aku rendah, tidak mengapakah kalau aku tidak beritahu mereka? Hehe.


Idea tak molek dah datang. Tapi, aku tak nak kuciwakan mereka. Tak nak! Cukuplah selama ni, aku dah susahkan mereka. Mereka bagi duit, aku enjoy, balas balik bagi keputusan macam sampah kepada mereka. Aku ini anak jenis apa? Damn!


Aku cuak tapi aku nak tawakal kat Dia yang Maha Penyayang. Hanya Dia yang mengerti tahap kecuakan aku.

Kepada semua budak-budak Uia, selamat maju jaya. Kalau keputusan tak berapa molek, sedar-sedarlah jangan buat tuli telinga dan buta mata ya. (tuju kepada diri sendiri) Siapa nak makan dalam, Silakan.


Okey, aku nak pergi semayang Subuh. Bye.