Jumaat, 9 Oktober 2009

Setanggi Syurga

Bismillahirahmanirahim.


Percaya kata janjiMu

Kerna ku yakin apa digengamMu

Keharuman setanggi syurga

Bukan kilauan sebilah belati


Terseksa jiwa merindu

Bagai terkurung di basah tengkujuh

Kewangian aroma bunga

Tak menggugah keteguhan iman


Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur

Pada redup renung mata yang menipu

Tuntas kumendaki

Puncak cinta teragung


Izinkan aku melafazkan kata

Bicara hati yang mudah diterjemah

Betapa aku gerun pada teduh

Tuk bernaung

Kerna awan itu rapuh


Bahagia

Buat mereka yang bertemu cinta yang teragung

Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi


Dendam tak marah menyala dan membakar

Oleh putih salju yang berguguran

Kerna dosa itu

Lebih hitam dan kelam


Kuanyam rindu menjadi hamparan

Kerna kupasti adanya pertemuan

Disana nanti

Bukti cinta suci dilafazkan

Tak bertemu pengucapan

Kata janjiMu seharum setanggi syurga. (line yang paling aku suka)


Aku amat suka dengan puisi diatas. Aku selalu mainkan puisi diatas bila kepala rasa serabut dan hati rasa sedih. Rasa tenang. Bukan macam puisi-puisi lain semakin aku mainkan ditelinga aku, kepala semakin serabut hati sedih menjadi-jadi. Puisi diatas ialah sebuah lagu nasyid yang bertajuk Setanggi Syurga nyanyian In-Team ciptaan ITO Lara.


Aku jadi wonder, kenapa aku rasa tenang bila aku dengar lagu tersebut. Sebabnya ialah kerana, bila aku dengar lagu tersebut, aku ingat Dia, Allah swt. Sejurus itu, aku rasakan kekuatan mengalir dalam diri aku yang kecil ni. Betapa mudah untuk tenangkan hati yang keliru dan sedih, iaitu hanya mengingati Dia. Dalam erti kata lain, betapa mudah untuk aku bahagia hanya dengan mengingati Dia. Fuyooo, betapa beruntung In-Team dan kumpulan-kumpulan nasyid yang lain kerana dengan nasyid, mereka berjaya mentarbiah atau mendidik manusia dari lalai. Salah satu cara dakwah yang berkesan.


Cerita aku boleh kenal dengan Setanggi Syurga.


Semuanya kerana aku berpijak di bumi Uia. Kalau tak, haram aku layan nasyid. Aku bluetooth lagu ni dengan kawan aku tapi aku tak pernah cuba untuk dengar. Satu hari, kawan aku, Asyi mintak aku play lagu ni dia kata dia suka. Dengan malasnya aku yang tengah layan lagu Muse masa tu play lagu ni. Masa tu, dalam kepala otak aku, lagu tak best pun kau suka ke Asyi(jahil gila). Aku pun layan la lagu ni dengan Asyi reluctantly. Aku tak faham sikit pun lagu ni, aku tanya Asyi, apa yang lagu ni nak sampaikan. Yang lucu, Asyi kata dia suka dengar je tak suka menghayati lirik ni. Start from that moment, aku layan lagu ni hari-hari sebab nak faham apa maksudnya, and i fall in love with it.


Aku masih cuba-cuba untuk mengerti apakah maksud tersirat dan mesej lagu tersebut yang cuba disampaikan oleh brothers In-Team. Yang aku paham, kita mestilah yakin dengan janji-janji Allah keatas hamba-hambaNya yang soleh. Yang aku paham lagi, jika iman kuat, godaan sekuat mana pun tidak boleh menggugahnya. Godaan itu diibaratkan dengan bunga yang cantik dah harum sepertinya perempuan yang cun melecun.


Bagi aku, lagu ini membantu kita sedar, cinta sebenar yang patut kita cari ialah cinta kepada pencipta kita. Kebahagian hanya akan dikecapi oleh meraka yang sudah merasai cintaNya. Cinta itu suci. Kerana ia anugerah Allah. Tapi, cinta itu boleh jadi tak suci kerana kita tersalah langkah.(ceh, macam bagi tazkirah pulak)


Line yang paling aku suka, ditambah pula dengan alunan mendayu dayu oleh Suhaimi, “kata janjiMu, seharum setanggi syuga”. Terima kasih kepada Hijjaz Records kerana menghasilkan Setanggi Syurga.



p/s : 1. siapa yang tahu mesej lagu ni, kongsi-kongsilah.

2. aku memang tak up to date langsung. Orang lain dah lama layan lagu ni. Haha.

Selasa, 21 April 2009

Ini hanya Tag.

Tagged by: Fatin and Syarifah.

ATTENTION
* Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.
* At the end, choose 16 people to be tagged.
* If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1. I dream about SLR all the time and I unconditionally and irrevocably in love with IT.
2. I love to snap their photos rather than they snap mine.
3. I hate cockroaches.

4. I am learning how to play the guitar now cuz i want to play 'ku katakan dengan indah'. My guitar coach right now is Aizat. He's teaching me for free. Thank you.
5. I found that playing guitar is a little bit tough

6. My drugbuddy is Faz and we have already being friend for almost 6 years.

7. My girls are Fatin, Najat, Lisa, Luny, Sharifah (miss you damn much), Nasuha.

8. I found that i can be easily close with someone who born in September which is also my birth
month. (FYI, Faz, Ftn, Lisa, Sharifah and Nas born in September). =))
9. I love cooking but hate washing clothes, sweeping floor.
10. I always read book from back to front without i notice.

11. I am a headstrong girl.

12. I am good in keeping secrets so my friends always find me if they have a secret and feeling that they cannot keep the secrets alone.

13. My eyes have a short-sightedness and i rarely wear spec so if don't smile back to you if you smile at me, please understand. I am sorry.

14. I want to wear contacts cuz i dont look good in spec but my mom did not allow me.

15. I am working and i have some problems with my boss. But, i will be patience.
16. I am the type of ppl who can hardly fall in love. Kah3.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Anda rasa anda hot?
~tidak sama sekali.

2. Upload gambar kegemaran anda





3. Kenapa anda suka gambar ini?

~kerana bagi saya ia sungguh cantik. For me, this is the best photo i have ever snap, using Ftn's bro in law semipro.=))

4. Bila kali terakhir anda makan piza?

~Saya tak ingatlah sebab dah lama tak makan kerana sibuk. Hehe

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
~Can't take my eyes off you. Untuk si julingan. ouwww..

6. Apa yang anda buat selain menyiapkan tag ini?

~layan lagu-lagu My Girl.

7. Selain nama anda sendiri,anda suka di panggil dengan panggilan apa?

~Babe, sayang, dear, hunny, all those pampering words.. auwwww.

8. Tag lagi 6 orang:

~malaslah sebab dah ramai buat tag ni. Aku ni dah kira yang last buat ni.

9. Siapa no 1 di atas pada anda
?

10. No.3 ada hubungan dengan siapa?


11. Kata sesuatu berkenaan orang no 5 di atas:


12. Bagaimana pula dengan no 4?


13. Siapakah orang no 2?


14. Pesanan kepada no 6
.

*Maaf soalan nombor 9 hingga nombor 14 tak dapat dijawab disebabkan gangguan teknikal.

p/s: this entry supposed to be published 2 weeks ago. It has been kept in my draft. Hehe.

Sabtu, 4 April 2009

Yahoo! Dapat kerja!

Bismillahirahmanirrahimm.

Syukur aku panjatkan ke hadrat Ya Rahman, Ya Rahim.
Aku dah dapat kerja dengan keizinannya. Sungguh Dia Maha Pemurah dan Penyayang.
Berada disisi aku ketika aku susah.
Alhamdulillah.

Ya, aku dah dapat kerja sekarang. Dulu aku suka panggil Zulfakar, 'orang bekerjaya' dengan nada menyindir sebab aku jealous dia dapat kerja. Kahkahkah.

Kerja yang ringkas,mudah dan rileks. Aku hanya perlu berdiri pass flyers kepada makhluk yang bernama manusia yang lalu lalang di hadapan aku dan jaga masa para pelanggan rendam kaki. Perihal gaji yang aku suka nak canang-canang ni. Basic RM500 sebulan bekerja tidak termasuk allowance dan commission. Lumayan kan?

Namun begitu, gaji yang lumayan itu aku tak boleh guna suka suka hati aku kerana aku perlu langsaikan hutang wang yang buat aku pening kepala tulah.

Aku sungguh sibuk sekarang ini bukanlah kerana aku kerja 24 jam. Kerja 8 jam sahaja tapi penat lah kan. Biasalah kan namanya pun kerja.

p/s 1: Aku tak nak kasi tau aku kerja kat mana. Nanti kau datang kacau. Hahaha.

p/s 1: Terima kasih kat drug aku, Faz dan geng dia (Dilah dan Anis) kerana usaha tolong aku cari kerja.
Terima kasih kat painkiller aku, Ftn yang sentiasa disamping aku dan teman aku pusing-pusing Tesco cari kerja.=))


Sabtu, 28 Mac 2009

Peristiwa yang Membawa Pening Kepala

Bismillahirahmanirrahim.


Aku kemalangan.


Kemalangan yang pertama kali dalam hidup aku neh. Yang special dan sayunya kemalangan yang menimpa diri aku ni terjadi selepas aku pergi JPJ buat lesen P. Oh, tidak.


Mengapakah tidak kemalangan sebelum mendapat lesen?


Mengapakah tidak saja kemalangan dua hari selepas mendapat lesen?


Oh, usah ditanya mengapa kerana ia tidak mungkin terjawab. Kalau nak jawapan, kena pandai-pandai jawab sendiri bagi sejuk hati.


Sungguh, aku sedih. Iyalah, cuba kamu bayangkan. Kamu tidak pernah memandu sebelum ini oleh kerana mak atau ayah kamu tidak setuju kamu memandu tanpa lesen P. Sudah tentunya kamu agak frust kerana kawan kamu yang tidak berlesen P suka hati je boleh pandu kereta dan mak bapak mereka pun rilex je. Tapi tak apa. Kamu sabar sahajalah sampai dapat P. Apabila kamu mendapat P, wah sudah tentu kamu akan merasa hendak melompat excited. Iyalah kan dapat drive! Tapi, apa yang terjadi kamu ditegah sama sekali pandu kereta kerana kamu terlibat dengan kemalangan yang tidak meragut nyawa sesiapa (hanya melibatkan kecederaan pada kereta) sejurus kamu mendapat P.


Aaaargghhhhhh. Perasaan itu sungguh terrible. Maha dahsyat. Cubalah imagine, kamu agak fobia dengan kemalangan yang berlaku kerana ia berlaku pada waktu yang tidak disangka-sangka dan pada waktu yang sama kamu dimarahi oleh mak bapak kamu kerana kemalangan dan mereka warning, "Start hari ini, jangan drive". Padahal kamu baru je nak mula drive. Sayu. Sayu. Sayu. Tapi benda macam itu tak berlaku pun pada diri aku. Saja je aku daydreaming kalau-kalau ia berlaku. Huh.


Cerita yang sebenarnya,

betullah aku kemalangan. Masa itu aku baru sahaja pergi JPJ buat lesen P aku. Hari Isnin lepas. Aku pergi dengan Adam dan Lisa. Maksudnya disini kami bertiga menaiki Kancil Adam. Lepas aku dapat lesen P aku, aku jadi excited la kan sehingga aku menari-nari. Uhuh. Uhuh. Adam dengan bermurah hati menawarkan aku supaya memandu Kancilnya. Anda sungguh memahami Adam. Terima kasih.


Namun, langit tak selalunya cerah. Bukan hujan nak turun, tapi Kancil yang aku bawa dilanggar oleh Mercedes. Masa tu, aku berada di line kanan, dan Adam suruh aku belok kiri. Aku belok kiri tanpa beri signal sebab aku ingatkan dah clear dah Adam bagi instruction tu. Rupanya tidak, tiba-tiba Mercedes memotong dengan agak laju di line kiri dan KEBABO!. Salah siapa? Salah aku. Dia salah tak? Entah. Tapi, aku bersyukur yang teramat sangat. Tuan Merc tu nak let go saja tanpa cerita panjang. Anda sungguh baik dan pemurah. Terima kasih.


Kalau nak kira, kerosakan Merc dia tu bolehlah tahan aku rasa kalu fix tu mahal tu. Apapun, kereta Adam damage teruk. Dua-dua pintu belah kiri tak boleh buka. Jadi kena tukar dua-dua belah pintu. Huh. Setelah ditanya paling-paling murah RM700 nak repair. Aku menung kejap. Mana aku nak cari duik sebanyak itu??? Pusing kepala aku fikir pasal duit. Damn.


Walaupun aku terasa malang namun aku bersyukur tiada yang cedera cuma Lisa ada mengadu yang bahu dia agak sakit namun tidaklah serius. Aku bersyukur juga mak dan ayah aku berada di Sabah. Kalau tidak teruk aku kena. For sure, aku tidak dibenarkan pandu kereta lepas ni macam yang dah aku imagine kat atas. Percayalah. Sebab itulah aku buat keputusan tak inform mereka. Ssshhhh.


Adam takut nak balik rumah. Aku agak parent dia sama macam parent aku. Garang. Keesokan hari aku tanya khabar dia. Dia cakap dia kena teruk. Tapi dia still calm and beritahu aku "Takpela Syth benda dah nak jadi". Mesti sucks kan dia rasa. Dia tolong orang lepas tu dia kena marah pula. I felt damn guilty and at the same time, helpless. Aku cakap kat Adam aku sanggup jumpa mak bapak dia sebab aku dah mati akal nak buat macam mana. Aku pun tak mahu dia tanggung kesalahan yang aku buat. I hate give a damn to people but now I did. I feel so bad. Adam cakap kalau aku jumpa ayah dia lagi teruk dia kena. So, aku diam dan cari jalan untuk dapatkan duit. Adam dengan mulianya mahu bayar separuh dan aku bayar separuh. Terima kasih sekali lagi.


Aku rasa malu. Aku janji aku akan bayar semua. Tapi, aku perlukan masa. Aku juga rasa sungguh sayu namun aku amat bersyukur kerana Tuhan masih sayangkan aku dan panjangkan nyawa aku, Lisa dan Adam.


Alhamdulillah.





Kereta Adam yang comel telah bertukar menjadi tak comel dek kelalaian aku.















p/s:Adam cakap 'bawok keto plehe pong buleh kemalange'. Jadi nasihat aku, bacalah doa naik kenderaan.


Sabtu, 21 Mac 2009

Tag.

10 perkara tentang orang yang tag saya:
1) Dia adalah Syarifah a.k.a. Syeri a.k.a. Zena
2) Dia suka gelak kuat-kuat macam saya juga. =))
3) Dia selalu pakai selendang. Most of the time, black shawl.
4) Dia seorang agak stylo.
5) Dia suka carry beg besar like i do.
6) Athletics person. Handal main boling padang.
7) Dia suka sports clothings.
8) Dia kena gosip dengan Arshad sebab dia dan Arshad sangat rapat.
9) Ada orang kata muka dia ada macam Arshad.
10) Dia seorang yang sangat sangat sangat peramah. Best kawan dengan dia.

10 perkara tentang saya:
1) I'm single and unavail okie.
2) I love photography damn much. I get so damn excited when involve in anything about it. They said I am passionate about PHOTOGRAPHY.
3) I want to work and saving money so I could buy the DSLR.
4) I love snapping photos of people rather than they snap my photo.
5) Photos taken by me are not sophisticated enough. I admit that. But I believe practises make perfect.
Ops, enough about my photography.
6) I love baking pastries and cake and whatsoever involving cooking.
7) I made fruit tartlettes and they said they really love it. Thank you for supporting okie. =)
8) Saya tidak suka kemas rumah.
9) Saya allergik debu. Resdung.
10) Saya benci pesimis. Ya, benci pesimis.

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz.
C) Continue this game by tagging 8 other people

1.What have you been doing recently?
- finding the right dress for cert.

2.Do you ever turn your cell phone off?
- yeah.

3.What happened at 10am today?
- nothing. I was sleeping.

4.When did you last cry?
- just now.

5.Believe in fate/destiny?
- yep.

6.What do you want in your life now?
-DSLR. DSLR. DSLR.

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
- yep. I carry umbrella.

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
- kah3. Sleep of course.

9.What bottoms are you wearing now?
- pants

10.What’s the nicest things in your inbox?
- nothing nice. Biasa-biasa sahaja.

11.Do you tend to make the relationship complicated?
- what for?

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
- Nope.

13.What was the last movie you caught?
- I don't know.

14.What are you proud of?
- I proud of being Malaysian.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
- Ftn said he's dating with Ady and will be back in a lit while.

16.What was the last song you sang out loud?
- Love story by Taylor Swift

17.Do you have any nicknames?
- Syitah. Tah. Itah.

18.What does the newest text say and from who?
- I cannot remember.

19.What time did you go to bed last night?
- so early! 10 p.m.

20.Are you currently happy?
- not really.

21.Who gives you the best advise?
- my parent

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
- I want to! But, boleh ke?

23.Who did you talk on the phone last night?
- no one. I was sleeping soundly.

24.Is something bugging you now?
- cert ceremony.

25.Who was the last person to make you laugh?
- my friends. Fatin, Luny, Wan, Nasyat.

1. 3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH...
~Tidur dalam kelas.
~Datang lewat. Pukul 8.
~Tersengguk-sengguk masa cikgu mengajar. Itulah, kelas petang lagi.

2. 3 SUBJEK KEGEMARAN ANDA... KENAPA??
~Biology. It's about living things. I loike.
~Chemistry. It's invlove calculating and theory at the same time.
~Subjek bahasa. Saya suka bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa.

3. 3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
~Sejarah. Tak tahulah kenapa.
~Physic. Kenapa complicated sangat?

4. DESKMATES ANDA..
~Amira Haifa binti Rahizan
~Hafizaturrafizah. Betul ke ejaan ni?
~Tengku Puteri Zulaikha.

5. CIKGU PALING UNIQUE DI SEKOLAH ANDA..
~Entahlah.

6. DENDA YANG PALING BEST PERNAH ANDA DAPAT..
~jalan itik sebab tak dapat jawab soalan Geografi. Letih dowh.

7. JIKA MASA BOLEH DIPUTAR BALIK..KETAHUN MANAKAN ANDA AKAN KEMBALI?
~tahun 2006.
________________________________________________________________
A) Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:
~DSLR
~DSLR
~DSLR
~Kelisa putih.
~Handphone please.

B) 5 Alasan terhadap pilihan tersebut:
~saya cinta fotografi.
~saya cinta fotografi.
~saya cinta fotografi.
~oh, ia sungguh cute.
~Mine sudah rosak.=(

C) 5 Impresi terhadap orang yang diminati:
- Macho bila serius.
- Sweet bila senyum.
- Serabai yang boleh diterima akal bila lepak.
- Smart bila formal.
- Peramah.

D) Perkara hebat yang pernah dilakukan:
- Tiada rasanya.

E) 5 Ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi):
-Pantai
-DSLR
-Telefon bimbit
-Ketuhar
-Buku resipi

F) 5 perkara yang dibenci:
-pesimis
-lipas
-longkang
-cari kunci yang mak aku hilangkan
-menjadi seperti patung atau batu apabila menunggu.