Awak,
Hari ini bussiness partner saya cakap dia nak berhenti sebab dia dah tak tahan. Ya tadi kami ada berselisih pendapat membuatkan saya dan dia tak ada mood.
Tapi, saya sabar saja walaupun dalam ni tengah panas. Balik dari lawatan ke hospital tadi, saya memang fikir saya nak tarik diri dari berniaga dengan dia sebab saya pun stress dengan dia. Dia pun sama, stress dengan saya. Kami tak boleh 'get along'.
Tapi stress saya tadi saya biarkan ia reda, saya rehat. Belakang saya sakit sebab kerja keras semalam (buat bisnes itulah), jadi saya tak larat pergi diskusi petang Jumaat. Saya tidur sampailah Magrib. Bangun je tengok ada mesej dari dia. Tapi saya tak terus baca, biar dalam ni sejuk dulu, fikiran tenang dulu baru saya nak baca mesej tu.
Bangun tidur tadi, perasaan saya dah agak okay, saya optimis yang ini hanyalah cabaran dalam buat bisnes berdua. Yalah, kita tak boleh nak expect senyum dan ketawa je selalu, mesti ada ribut petir kadangkala. Jadi saya positif yang bisnes ini akan baik-baik saja, dan saya semangat untuk siapkan kerja sekolah sebab saya tahu ahad ni saya akan sibuk dengan bisnes saya.
Lepas solat dan makan, saya buka mesej untuk baca. Macam yang saya jangka, dia minta maaf dalam mesej tu. Dan dia juga kata dia nak berhenti. Saya agak terkejut, yelah siapa sangka kita baru mula seminggu, ada yang dah tak tahan sangat sampai nak berhenti. Saya jadi kecewa, sebab seminggu ni kami usaha agak keras, sakit belakang saya tak hilang lagi. Duit dan masa dah banyak habis, dan ia terlalu awal untuk putus asa.
Sebenarnya saya dah notice masa awal-awal bincang dengan dia, kami tak boleh get along, tapi saya teruskan juga sebab nak pakai duit dan saya kesiankan dia yang sangat semangat nak mula bisnes ni. Tapi tak mengapalah, saya tak boleh paksa dia , saya dah balas mesej tunggulah dia nak cakap apa lagi.
Anehnya awak, masa macam ni saya terkenangkan kita. Saya teringat bagaimana mudahnya dulu saya minta awak lepaskan saya bila kita bergaduh. Sepanjang panjang kita bergaduh, awak tak pernah cakap nak musnahkan apa yang dah terbina, Bagi awak, itu ialah benda biasa. Tapi saya, bila ada ja benda yang kita tak sefahaman, saya rasa disaster, saya rasa saya dah tak boleh get along dengan awak, dengan mudahnya terluncur perkataan - putus dari mulut saya.
Awak, sekarang saya rasa apa yang pernah awak rasa banyak2 kali dulu. Saya rasa kecewa tu awak. Bila sikit2 ada hard time, ada pihak yang nak give up, rasa dia sakit awak.
Kadang, saya rasa saya yang salah dalam hal kita ni awak. Saya rasa awak lebih mengerti makna hidup itu apa. ya, hidup itu bukan selalu pelangi, ada hujan kadang2, dan mungkin ribut petir yang datang - dan apa yang kita perlu buat ialah - jangan sesekali putus asa. Biarkan kita bertengkar, bertikam lidah, kerana lepas itu kita akan sejuk sendiri dan semuanya akan baik seperti biasa.
Endure.
Maafkan saya, awak.
Hati Terasa
12 tahun yang lalu