Sudah lama saya tidak
update blog saya.
Entahlah kenapa.
Clueless maybe.Saya akui, saya sangat suka menulis. Dulu, saya sangat suka menulis cerita. Cerita apa-apa sahaja.
Sekarang, saya masih rasa nak tulis cerita, tapi bimbang ia tiada isi yang membawa pembaca-pembaca ke arah kebaikan.
Rasa bersalah jika waktu yang pembaca habiskan di blog saya, menjadi waktu yang sia-sia.
Lebih menakutkan jika, pembaca menjadi lalai jika membaca blog saya.
Ah, fikir sedalam-dalamnya, jadi takut. Takut untuk menulis. Adakah saya ini terlalu penakut?
Mengapakah saya takut?
Ini kerana saya teringat akan nasihat seseorang.
Setiap saat itu amanah.
Nanti di akhirat, kita akan disoal tentang apa yang kita isikan dengan masa kita.
Lalu saya berfikir, jika saya menulis benda-benda yang melalaikan lalu dibaca orang, Ya Allah tiga kali ganda dan mungkin berganda-ganda dosa saya.
1. Berdosa kerana menulis benda yang melalaikan
2. Berdosa kerana pembaca melakukan perkara-perkara yang melalaikan yang ditulis kerana pengaruh penulisan saya.
3.Berdosa kerana mensia-siakan waktu pembaca-pembaca blog saya. Waktu yang mereka luangkan untuk baca blog saya, bawa dosa kepada mereka.
Contohnya situasi di bawah ,
Tajuk
post :
Dating di
Berjaya Times SquareHarini, aku sangat gembira kerana
boyfriendku dengan murah hatinya membelikan aku
bear. Kami tengok wayang sama-sama, makan sama-sama.
Yang paling
best, kami pergi pantai, and
he holds my hand. Oh,
how sweet he is. He also plucked his guitar and sang to me 'Just the way you are' , Bruno Mars's song. Oh how i love him. Hmm,
sweet saja post di atas.
Yang tiada
boyfriend pun rasa nak ada boyfriend.
Yang ada
boyfriend pun rasa nak ajak boyfriend dia pergi pantai.
Yang ada tak pernah hold hands pun nak hold hands.
Yang tak pernah dengar
boyfriend dia nyanyi untuk dia pun nak suruh boyfriend dia nyanyikan lagu.
Yang tak pernah
post cerita fasal dia
dating dengan
boyfriend dia pun nak post cerita
dating kat blog.
Jika hanya si A yang membaca
post tersebut dan melakukan perkara yang sama, maka berdosa tak penulis itu? Jika
post si A dibaca oleh si B dan dia melakukan perkara yang sama, alamat malanglah la si penulis awal itu.
Itu baru jika seorang yang membaca blog , jika dalam sehari, 100 orang baca blog, almaklumlah followers dan 5000 lebih, traffics dah beribu-ribu sehari.
MasyaAllah, bagaimanakah itu?
Takut, takut, takut.
Ruginya, bakat menulis hebat, blog
famous,
update setiap hari, namun isinya melalaikan.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam
KERUGIAN; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. " (surah Al-Asr)
Berpesan-pesan dengan kebenaran.
Tugas setiap manusia.
Blog bukan sekadar tempat meluah perasaan, bukan sekadar tempat mengisi kekosongan, bukan sekadar diari hidup, tapi jadikanlah ia tempat berpesan-pesan dengan kebenaran.
Diri ini sangat bimbang untuk menulis, sebetulnya sedang meningkatkan diri, untuk membantu orang lain faham apa yang difahaminya. Semoga Allah tunjukkan hidayah selalu..
p/s: doakan blog ini HIDUP. :)