Khamis, 22 Oktober 2009

Penantian Yang Meresahkan Jiwa

Bismillahirahmanirrahim


Hari ini 22 Oktober 2009. Tarikh yang ‘ditunggu-tunggu’ oleh semua budak-budak Uia kerana pada tarikh ini keputusan peperiksaan semester 1 (bagi budak-budak tahun pertama macam aku) keluar dan kena cek secara maya. Dan dalam masa yang sama cuti dah nak sampai ke penghujungnya. Oh, masa berputar begitu pantas sekali, begitu pantas walaupun aku rasa selama aku cuti aku duduk rumah saja makan, tidur, online, tengok tv. Kehidupan yang begitu malas tapi seronok boleh goyang kaki namun perut tetap kenyang dahlah makanan best tak macam kat Uia. Seperti biasa, rasa tidak hingin balik Uia dirasai oleh hampir semua budak Uia termasuklah aku. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Bila lagi nak belajar, masa muda inilah masa yang paling cool untuk belajar segala ilmu yang ada. (sejukkan hati).


Jadi, berbalik kepada topik (dah terkeluar tajuk rupanya) keputusan peperiksaan semester 1 akan diumumkan hari ini. Ada lagi ke yang tak tahu? Dah tahu sekarang, apa lagi buka laman web Uia dan boleh cek. Eh nanti dulu, mereka kata boleh cek lepas pukul lima petang bukan lima pagi. Tengok jam anda dulu, kalau rasa belum sampai masa, bersabar, banyakkan berdoa kat Allah s.w.t. dan bertawakal. Mana tahu ada miracle nak jadi, kamu rasa kamu bodoh gila tapi keluar keputusan gempak nak mati. Semuanya di tangan Allah, jangan risau. Dia lebih tahu apa yang kamu patut dapat jadi serahlah kepada Dia segalanya.


Pada saat ini, aku tak rasa apa-apa walaupun kawan-kawan kata dada mereka rasa 'dup dap dup dap' dada nak meletup. (cover saja ni padahal jiwa kacau dah ni) Entah-entah ada yang tak boleh tidur pada masa ini sebab gelisah fikir fasal benda ini. Teringat pula masa keputusan SPM nak keluar dulu, ramai saja yang tak boleh tidur. Tapi, aku pun tak boleh tidur sekarang ni, namun bukan sebab keputusan exam tapi sebab dah tidur melampau-lampau tadi. Aku dah letih tidur ni, jadi tak mengantuk, mungkin nak dekat Subuh nanti akan rasa mengantuk bila setan-setan yang hodoh lagi hina datang goda tidur sebelum solat. Ya, aku tak mengantuk lepas tu rasa nak membobok (jangan tiru perkataan ini salah dari segi tatasusila bahasa). Kalau rasa nak membobok datang idea banyak saja sampai tak tertulis.


Sebetulnya, aku risau dengan keputusan exam nanti. Kenapa aku risau? Sebab aku tak berikan yang terbaik dan aku tak usaha semaksima yang mungkin. Banyak main-main terutama masa exam midsem. Keputusan macam haprak. Aku tak salahkan sesiapa aku salah diri aku sendiri yang berpenyakit malas dan tidak serius dalam menimba ilmu. Sudahlah datang kelas selalu lambat. Aku perempuan, sepatutnya tidak ada masalah lambat ke kelas (siapa kata aku banyak kali saja lambat). Bahkan, aku rasa hampir tiap-tiap hari aku lambat masa tengah-tengah semester tu. Semua lecturer yang mengajar aku memang kenal dengan budak perempuan yang nama Asyitah bukan sebab bagus tapi sebab top latecomer. Pernah sekali madam Biologi perli aku depan kelas masa pertama kali datang kelas dia lambat. Kalau kelas Biologi aku tak ada masalah dengan datang lambat sebab selalunya kelas petang tapi masa tu, ada extra class madam buat pagi pukul 7 pula tu. Pukul 7 PAGI tu! Mahu mamai aku masuk kelas. Kan aku dah warning kalau nak buat extra class jangan buat pagi cari nahas saja. Tapi,bukan aku seorang datang lambat ada la lagi 2-3 orang budak laki muka datang lambat macam aku.


Ya, aku susah bangun dari tidur. Sangat-sangat susah. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau aku bangun awal tu, sebab aku baru munasabah diri sebelum tidur. Tapi, aku beruntung sebab roomates aku semuannya berhati mulia tidak pernah rasa jemu kejutkan aku pagi-pagi. Complicated kot kejutkan aku. Susahnya nak kejutkan aku, kalau dirumah memang ayah atau abang aku yang bertugas kejutkan aku. Ada sekali masa aku 16 tahun ayah aku renjis air sebab aku tak bangun-bangun.(ni dolu-dolu la) Ish, ada juga terfikir kalau dah berumahtangga nanti macam mana ya. Buat malu saja. Tapi mana tahu, terus bangun bila dapat good morning kiss ke. Oh, yang tu cerita masa depan, tak payah fikir lagi, tapi wahai Syitah digalakkan ubahlah habit tak bagus itu slow-slow mula dari SEKARANG. Hah, ni memang dah lari tajuk tahap gaban, tidak mengapa, bila lagi nak manja-manja dengan blog, tulis panjang-panjang.


Tapi, tapi, tapi, berbalik pada topik, aku takut ni weh. Takut kalau pointer rendah gila sebab aku tak pergi tasmik (hafal ayat Quran dengan makna dia lepas tu kena baca depan ustaz) hari tu. Yang pasti, 5 markah dah hilang. Ha, tak ada 5 markah mana nak jadi 4 weyy? Poyo saja memang jauhlah 4 tu dengan aku. Cuma aku berharap dengan harapan yang tulus suci janganlah pointer rendah sangat. Kalau pergi tasmik hari tu, tak adalah tak puas hati macam ni. Salah aku juga. Aku tak datang tasmik tepat pada waktu. Mereka semua dah tasmik tinggal aku seorang. Hish, budak kelas aku serius skema nak mati awal-awal lagi dah pergi jumpa ustaz untuk tasmik. Budak-budak kelas aku memang skema dan mereka teramatlah bijak sampai ustaz pun puji. Yalah, budak-budak Medic, Dentist, Pharmacy and etc. Aku rasa kalau yang paling tak pandai dan malas dalam kelas tu akulah orangnya. Masa tengok markah terkumpul FIM (Basic Theme of Al-Quran namanya) hari tu, aku memang terkesima habis lah. Mereka (geeks in my class) skor tinggi memang antara 36-38/40. Aku yang tengok ni rasa bangga sebab berada dalam kelas jenis tu, mereka apatah lagi. Tapi, aku naik hairan tengok markah golongan arkitek yang ustaz aku tu ajar. Markah mereka tidak rendah tidak tinggi, tapi ramai gila arkitek yang tidak tasmik. Bapak slumber. Nak cari golongan macam ni untuk lepak sekaki dalam kelas aku jangan harap, haram tak akan jumpa. Namun begitu, mengapa letak FIM dalam pointer. Hampeh la.


Aku risau sangat ni. Markah peperiksaan pertengahan semester memang rendah serendahnya. Kiranya, aku bergantung harap dengan markah peperiksaan semester akhir. Fikir balik, cuak. Cuak sebab aku tak nak kecewakan mak bapa aku. Aku tak kisah markah aku rendah kalau benda tu tak akan buat mak ayah aku sedih. Tapi, hakikatnya, setiap mak ayah ingin lihat anak mereka dapat cemerlang dalam peperiksaan, kalau rendah mereka akan kecewa.


Sebab itulah, aku ada terfikir jika pointer aku rendah, tidak mengapakah kalau aku tidak beritahu mereka? Hehe.


Idea tak molek dah datang. Tapi, aku tak nak kuciwakan mereka. Tak nak! Cukuplah selama ni, aku dah susahkan mereka. Mereka bagi duit, aku enjoy, balas balik bagi keputusan macam sampah kepada mereka. Aku ini anak jenis apa? Damn!


Aku cuak tapi aku nak tawakal kat Dia yang Maha Penyayang. Hanya Dia yang mengerti tahap kecuakan aku.

Kepada semua budak-budak Uia, selamat maju jaya. Kalau keputusan tak berapa molek, sedar-sedarlah jangan buat tuli telinga dan buta mata ya. (tuju kepada diri sendiri) Siapa nak makan dalam, Silakan.


Okey, aku nak pergi semayang Subuh. Bye.

Selasa, 20 Oktober 2009

Tat Buah

Bismillahirahmanirrahim.

Dalam entri yang lepas iaitu entri trifle, aku ada cakap yang aku rindu bangat sama tat buah. Bukan mengidam nak makan tat buah, tapi rindu nak manja-manja dengan tat buah. Hahaha. Rindu nak buat tat buah lah. Aku kan suka masak (poyo saja). Jadi, kali ini dengan sokongan kawan-kawan, dan mereka turun padang sekali, semangat buat tat buah itu kamikaze. Haha. Najat, Fatin dan Lisa ingin berguru dengan aku macam mana cara buat tat buah keramat aku (padahal tak adalah sedap sangat pun tat buah aku buat). Aku dapat idea buat tat buah pun dari bekas ketua pelajar sekolah aku, Kak Mayam. Mekaseh Kak Mayam. Hehe.


Tapi, aku malas explain panjang lebar, aku nak upload saja gambar-gambar. Kita guna teknik visualisation ya. Aku pun suka teknik visualise ni sebab cepat faham. Contohnya, macam belajar Biologilah mesti tengok powerpoint kalau tak, tak tidur malam resah sebab tak faham madam ajar. Okey, sebelum aku lari topik, baik aku upload foto sekarang.


Ni namanya mengayak tepung. Untuk mendapatkan tekstur yang smooth dan lembut.

(pandai-pandai saja aku)


Pukul mentega. Aku guna Buttercup sebab ia best.




Gula mest letak. Tapi jangan lebih-lebih tak elok boleh dapat diabetis. Kurang tak apa.
Nanti kamu lebihkan gula dalam senyuman kamu lagi bagus. Bahan-bahan ni adalah untuk doh tat.



Nama pula tat buah. Tak ada buah tak sah. Jadi aku guna 3 jenis buah yag comel iaitu pic, kiwi dan strawberi. Gabungan 3 warna ni akan menampakkan tat buah anda oustanding dan cute macam anda. (jangan nak perasan acah saja)


Gambar hitam putih tu gambar tengah buat cream. Hasilnya, krim kuning yang cantik sedap dimakan. Kenapa ia kuning? Sebab ia ada kastad. Jadi, bagilah nama kat dia krim kastad.

Sekarang, doh dan krim dah siap. tibalah masa untuk membuat kulit tat.



Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan, kulit tat jangan dibiar macam ni. Sila bakar kulit tat ni dalam ketuhar yang pada suhu 180 darjah celcius. Jaga-jaga jangan bagi hangus, sebab benda alah ni cepat masak. Tapi, kalau rasa suka yang hangus apa salahnya kita namakan tat buah gothic. Bunyi macam menarikkan aku pun pernah TERbuat.


Lepas dah bakar, bolehlah letak krim kastad dalam kulit tat dan susun buah-buah diatasnya.


Dah siap letak krim dalam kulit tat, jangan tunggu lama-lama terus susun buah diatasnya. Aktiviti susun buah aktiviti yang best, disamping kamu akan rasa kreatif. Auw. Kalau aku, aku susun 3 jenis buah atas tat supaya nampak colourful dan lovely.


Sekarang aku nak mempersembahkan tat buah yang kami buat. Jeng, jeng jeng!



Itu dia....

Inilah tat buah yang telah siap. Tat buah ini digalakkan letak dalam peti untuk hasil yang terrbaeekk!Sebetulnya, aku banyak snap gambar, Najat, Fatin dan Lisa yang banyak buat. Hehe. Aku menggunakan sepenuhnya kuasa vito yang aku ada untuk membuli dan mengarah sebab mereka kata nak belajar jadi merekalah kena banyak buat kerja. Hehe. Last-last sekali mereka siap tapau tat buah balik rumah mereka.


Itu saja dari aku, jumpa lagi dilain episod.


p/s : Siapa rasa dah meleleh air liur, jangan risau, kamu boleh ambil resepi dekat sini (ha aku dah baik hati bagi link cuma klik saja).






Khamis, 15 Oktober 2009

Cinta

Bismillahirahmanirrahim.


Cinta.


Cinta kepada Pencipta.


Cinta kepada Rasul.


Cinta kepada Mak dan Ayah.


Cinta kepada keluarga.


Cinta kepada sahabat.


Cinta kepada kekasih.


Cinta pada kebendaan. (duit, kereta, kamera atau apa-apa sahajalah material yang memerlukan duit untuk memilikinya)


Ini bukanlah entri untuk menghuraikan bagaimana bentuk cinta-cinta yang disenaraikan diatas. Ini hanyalah entri untuk memberi peringatan kepada diri aku dan mungkin juga yang membaca. Tiba-tiba idea untuk menulis tentang kisah-kisah cinta di sekeliling aku datang menerjah minda. Apa lagi, aku buka notepad dan tulis sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi bukit. Haha buat apa jadi bukit, buat rugi saja, harap dapat jadi sesuatu yang bermanfaat untuk yang membaca.


Selama aku hidup ni, aku banyak belajar tentang cinta dari pengalaman orang lain. Pengalaman sendiri itu ada cuma tidak sebanyak yang aku timba dari pengalaman orang lain. Sejak aku melangkah ke sekolah menengah, tidak dinafikan perasaan untuk mencinta dan dicintai itu wujud. Apalah sangat budak yang berumur 14 tahun masa itu tahu mengenai cinta? Yang mereka tahu mereka nak cuba merasainya setelah melihat disekeliling ramai yang bermain cinta. Empat belas tahun bukanlah masa yang sesuai untuk berfikir tentang cinta, yang lelaki baru nak mimpi basah, manakala yang perempuan pula ada yang baru datang haid. Waktu ni, mereka tengah nak masuk alam remaja dimana mereka mengalami perubahan hormon dan perubahan fizikal. Mereka haruslah pandai mengadaptasi suasana tersebut.


Aku tak terkecuali dari terkena godaan cinta dizaman persekolahan, zaman budak-budak mentah. Kalau ingat balik, rasa lucu boleh senyum seorang. Kalau lepak dengan kawan-kawan terutama Faz memang akan gelak pecah perut jika cerita cinta zaman sekolah. Mungkin kamu juga pernah rasa geli hati dengan kisah cinta zaman sekolah kamu bila diungkit balik sekarang. Sebab apa? Sebab sekarang dah matang dah boleh fikir perkara tersebut amatlah silly. Wahai budak-budak, aku nak tekankan perkara tersebut amatlah silly.


Kalau diingat balik, aku mengaku yang aku rasa teramat bodoh semasa aku terlibat dengan cinta tatkala aku berumur 14 tahun. Aku tak akan lupa yang aku menangis sepilu-pilunya dan aku tak akan lupa aku rasa resah gelisah sewaktu si dia (konon la ni) menyepi entah kemana. Waktu itu, Faz sahabat baik aku amatlah setia denganku beri aku semangat tak jemu-jemu melayan karenah aku yang merindui dia. Betapa seorang sahabat sanggup melayan karenah gila aku yang pagi petang bercerita tentang dia semasa mabuk bercinta. Masuk umur 15 tahun, aku masih lagi melibatkan diri dengan perkara yang amat membuangkan masa itu (biasalah budak baru nak naik ni). Aku tetap dengan mabuk bercinta, siang malam melayan jiwang karat. Aku terlibat dengan cinta budak sekolah atau cinta monyet hinggalah aku berumur 17 tahun. Masuk 17 tahun aku dah tak terlibat setelah kesedaran datang menjengah, Alhamdulillah. Masa itu, barulah aku fikir, betapa banyaknya masa, duit mak ayah dan tenaga terbuang hanya untuk perkara yang sia-sia. Masa tu, aku sedar yang aku banyak mengetepikan orang-orang yang ikhlas menyangi aku selama ini.


Aku sedar aku banyak mengecewakan mereka. Aku rasa amat bersalah terutama kepada mak ayah dan Faz. Duit yang mak ayah berikan aku gunakan untuk perkara yang tidak mendatangkan untung buatku (topup untuk berhubung dan dating), aku ni anak jenis apa agaknya. Mak ayah berharap setinggi gunung untuk melihat kejayaan anak dalam pelajaran tidak kisah anak ini minta duit sebanyak mana asalkan anak ini senang untuk belajar. Tapi apa yang telah aku buat dengan harapan suci mak ayah aku itu, aku bunuh harapan mereka. Ya, memang keputusan PMR dan SPM dalam kategori okey tapi aku tidak merasakan berkat disebalik itu.


Faz pula, yang selalu berada disisi dikala aku jatuh, aku tidak hargai sepenuhnya. Aku buang masa Faz dengan cerita cinta entah apa apa aku, aku tidak hiraukan dia dikala aku bahagia dengan si dia (aku nak muntah bila ingat balik). Aku sedar semua tu Faz. Maafkan aku, tak mungkin aku buat semua tu lagi. Kepada kamu yang asyik bercinta dengan lelaki atau perempuan, kamu mungkin tak sedar, kawan yang sentiasa berada disisi kamu sisihkan. Kamu habiskan masa kawanmu dengan bercerita tentang cinta kamu dengan balak/minah kamu. Kawan kamu tidak akan kata berhenti walaupun dia jemu nak muntah hijau dengan cerita cinta gila kamu, kawanmu akan sentiasa dengar dengan penuh perhatian kerana dia kawan yang setia.


Dulu, kalau aku lepak dengan kawan-kawan telefon bimbit mesti dalam tangan kerana berbalas mesej dengan si dia. "Wey, Syitah kau ingat kau seorang ke ada balak?” (marah diri sendiri sekarang sebab amat bodoh masa tu). Faz selalu cakap, kalau lepak dengan dia tolonglah jangan layan balak. Okey, aku dah rasa perasaan itu sekarang ni, dimana waktu lepak kawan-kawan ada yang pegang telefon layan balak/minah dia. Rasa sakit hati gila sebab aku kena ulang suara apabila aku cakap kawan aku tak dengar sibuk tekan keypad layan mesej. Rasa macam nak baling dalam longkang saja telefon kawan aku tu lepas tu cakap kat dia, "Kalau kau nak layan balak kau balik aaa!" Benda macam ni selalu jadi kat perempuan, kalau lelaki masa lepak dengan kawan-kawan "Mampus pi la awek aku". Come on girls, do appreciate time with your friends, don’t be too obsess with your boys. Kalau kau nak obses dengan balak kau dan tidak peduli perasaan kawan-kawan, tidak mengapa, teruskan tapi jangan buat muka tak malu cari kawan bila ada masalah dengan balak kau. Percayalah perempuan, masalah dengan teman lelaki kau mesti ada, yang dah kahwin pun ada masalah inikan pula yang baru setahun jagung, mendabik dada tahu mengenai cinta lantas melibatkan diri dengan cinta.


Apabila aku jejak kaki ke Uia, aku sedar aku dah banyak buat salah. Salah, salah salah tu Syitah (aku cakap pada diri sendiri semasa belajar di Uia). Rupa-rupanya keterbukaan aku selama ini mengenai sesetengah hal adalah salah. Mujur Allah memberikan aku kesempatan untuk menyedari, Alhamdulillah, kalau tak sampai sekarang aku hanyut dibuai mimpi-mimpi yang menipu (syaitan terkutuk tak akan penat memperdaya).


Pengalaman banyak mengajar sebab itulah, kita hidup sekarang ni masih memerlukan nasihat orang-orang tua kerana mereka dah hidup lama. Dah rasa pahit manis zaman muda macam kita dan tak ingin kita silap macam mereka. Mereka sayang kita. Aku mula sedar yang bermain cinta monyet hanyalah rugi yang aku dapat. Aku bernasib baik kerana kawan-kawan baik tidak angkat kaki tinggalkan aku disaat aku mabuk bercinta. Kalau aku jadi mereka, aku dah lama blah kalau dapat kawan yang macam aku ni. (ni dulu-dulu la sekarang aku dah sedar). Jadi kepada budak-budak baru nak naik yang tengah bercinta monyet tak payah fikir fasal benda ni, kerana aku tahu otak kamu tak cukup bijak lagi untuk fikir dan buat keputusan yang kasi untung kat diri sendiri. Melainkan yang bijak dan matang berfikir akan buat yang sepatutnya. Pengalaman cinta monyet tidak semestinya dirasai sendiri, kalau boleh kaut pengajarannya daripada cerita orang lain adalah sesuatu yang bijak.


Ini cerita disebalik kisah cinta aku, nanti aku nak kongsi kisah-kisah cinta orang-orang di sekeliling aku. Cerita ini bukanlah untuk membuka pekung didada tetapi aku ingin kongsi supaya dapat dijadikan pengajaran untuk aku sendiri Ini adalah entri pembukaan kepada kisah cinta yang seterusnya.


p/s : biasalah, masa aku budak sekolah dulu pun aku suka budget yang aku tahu semua padahal hakikatnya, budak sekolah tak tahu apa-apa pasal cinta.




Don't Cry

1. Put your iTunes/Napster/Zune Player/WinAmp/etc on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. Tag 10 or more friends who might enjoy doing this as well as the person you got it from.

+If someone says 'Is This Okay?' you say

You look wonderful tonight - Eric Clapton
(gila masyuk)

+What do you like in a guy/girl?
Stickwitu - Pussycatdolls

+How do you feel today?
Way back into love - Hugh Grant (jiwang lah.)

+What is your life's purpose?
Pagi Yang Gelap acoustic - Hujan (omg!)

+What is your motto?
Surah Al-Mulk. =)

+What do your friends think of you?
Kucing Hitam - Bittersweet (goyang kepala seorang diri)

+What do you think of your parents?
Bila nak saksi - Spider (siapa letak lagu ni!)

+What do you think about very often?
Amarantine - Enya (mengarut betul)

+What is 2+2?
Bila aku sudah tiada - Hujan (rinduuu)

+What do you think of your best friend?
Hot and Cold - Katy Perry (no no my girls are hot not cold!)

+What do u think of the person u like?
Ring my bells - Enrique Iglesias (his voice damn sexy)

+What is your life story?
Tak bisa memilihmu - Sixth Sense (leleh leleh)

+What do you want to be when you grow up?
Dr cinta - dewi dewi cinta (teringat dekat Azah dan Asyi haha)

+What do you think when you see the person u like?
Muscle Museum - Muse (berhenti sekejap dengar sampai habis)

+What do your parents think of you?
Sing for Absolution - Muse (already shuffled,haha listened until end)

+What will you dance to at your wedding?
Di antara kalian - D'Masiv

+What will they play at your funeral?
Ampuni aku - Kertas (whoa?)

+What is your hobby/interest?
The loneliness - Babyface

+What do you think of your friends?
Budak zaman sekarang - Hafiz As'ari (huih, lama tak layan)

+What's the worst thing that could happen?
Caught up - Usher (this suited well haha)

+How will you die?
Knock knock - Lenka

+What is the one thing you regret?
Larut - Dewa 19

+What makes you laugh?
Zombies - The Cranberries (hahaha)

+What makes you cry?
Umbrella (acoustic) - Marie Digby

+Will u ever get married?
Baby I'm back - Babybash feat Akon

+What scares u the most?
Tak Bisakah - Peterpan

+Does anyone like you?
Friday night - Lily Allen

+If u could go back in time, what would u change?
Never Again - Kelly Clarkson

+What hurts right now?
Built to last - Melee

+What will u post this as?
Don't Cry - Gun n Roses (masyuk)

p/s : malas la nak tag orang, siapa yang baca ni, kamu kena! (kalau ada yang baca lah) haha

Isnin, 12 Oktober 2009

Hari Ini

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini, ada perkara bersarang dalam kepala otak. Perkara tersebut yang bagi aku penting dan bermakna sebab itulah lekat dalam kepala otak. Kalau tak penting dan tak berapa nak bermakna nak jejak pun tak sahkan nak lekat.

Benda yang pertama, hari ini adalah hari berlangsungnya Professional Photography Seminar di Universiti Malaya yang dianjurkan oleh Candid Syndrome. Kalau dah nama Candid Syndrome, siapa lagi pengendalinya mestilah tak lain tak bukan, Saiful Nang, seorang jurugambar yang amat hebat di Malaysia ni. Beliau telah aku jadikan sebagai idola kerana sentuhan beliau dalam seni foto amat aku kagumi. Beliau juga seorang yang amat humble walaupun sudah terkenal. Terima kasih kepada Rabiatul Aisyah, kerana dialah aku boleh kenal dengan Saiful Nang.

Aku amatlah terkilan kerana tidak dapat turut serta. Buat pertama kalinya aku rasa begitu dekat untuk menyertai event yang dianjurkan oleh Candid Syndrome. Yalah, Uia dengan UM punyalah dekat kalau jalan kaki boleh sampai biarpun lenguh lutut. Selama ni, aku hanya dapat melihat program-program yang dijalankan oleh mereka tanpa ada cita-cita untuk pergi kerana amatlah mustahil untuk aku pergi disebabkan jarak. Namun, kali ini aku tak dapat juga turut serta sebab aku tidak mempunyai sebuah SLR. Ya, memang aku ghairahkan fotografi, tapi aku tidak mempunyai SLR. Hakikat yang malu untuk aku akui. Aku malu. Aku malu. Aku malu. Sebab aku tak punya SLR tapi aku gilakan fotografi.

Fatin amat faham aku. Dia menawarkan kamera dia untuk aku sertai program tersebut, namun aku malu untuk menerimanya. Terima kasih Fatin kerana menjadi sahabatku. Aku kira tak layak nak sertai event tu sebab aku hanyalah seorang beginner yang amat jahil tentang fotografi. Namun aku tak kisah sebab yang aku tahu aku tak akan lepaskan peluang untuk belajar dengan idola aku. Tapi yelah, dah tak ada kamera nak buat macam mana bai. Wahai SLR, kenapa kau mahal sangat hah? Kau bunuh impian aku kau tau tak. Haha.

Perkara lain yang tak kurang pentingnya bagi aku, kanta sentuh aku expired hari ini, duabelas haribulan sepuluh dua ribu sembilan (rasa rajin nak mengeja ni), 12/10/09, 12th October 09 bersamaan dengan 22 Syawal 1430. Ini bermakna, esok aku tak boleh lagi pakai kanta itu, kerana kalau aku degil pakai juga, bahaya. Aku pun tak tahu kenapa bahayanya.


Tapi, niat hati nak pakai juga sebab aku tak suka pakai kaca mata. Tak pakai kanta, tak pakai kaca mata, tak nampak orang lah. Nanti orang senyum ke aku, aku buat dek, boleh jadi sakit hati orang pula. Haha. Kenapalah aku tak bawa pulang kanta sentuh yang aku simpan dalam laci almari aku di Uia nun. Ni sebab tersalah budget la ni. Aku budget kanta yang tengah aku pakai ni lama lagi tempohnya padahal aku dah tanda di kalendar pun. Tapi saja, malas jenguk kalendar, dasar pemalas! (marah diri sendiri)


p/s : lepas tulis entri ni, rasa nak layan Hari ini dan semalam by Sixth Sense.