Ting tong! Loceng rumahku berbunyi. Deruan enjin Ego S kedengaran di luar rumahku. Aku yang sedang menghadap komputer mengetuk dahiku sendiri. Pap! "Aku belum sembahyang zohor lagi." Aku teringat mesej dari Lulu yang suruh aku sembahyang zohor sebelum keluar menjalankan misi kami. Aku keluar untuk buka pagar dengan muka selamba. "Tak apa, dia mesti nak surf guna internet rumah aku." Lulu mengomel dengan mukanya yang agak masam sambil membonceng Ego S putihnya masuk ke dalam porch rumahku. "Tah, tayar Ego saya ni dah kempis. Tadi saya nak isi angin kat Caltex. Tengah saya isi tu tiba-tiba je saya dengar budak-budak lelaki kat stesen minyak tu jerit jerit tak tentu hala. Yang saya tak tahannya budak-budak lelaki yang kat seberang jalan tu ikut sewel jerit plus bagi piwit. Saya dah tak ada mood nak isi plus saya ngeri la tengok budak-budak lelaki tu bangang cenggitu. Kat mana ah nak isi angin tayar ni?" Aku tersenyum tengok Lulu mencebik. Memang aku tahu selain tak ada mood, dia seorang yang pemalu. Kalau aku kena situasi cenggitu aku boleh je buat dunno tapi kawanku yang sorang ni amatlah pemalu untuk jadi sadin. "Tak apa la lulu nanti lepas ni kita pergi sama-sama isi angin tu. Masukla dulu. Awak mesti nak surf kan. Saya nak siap jap. Jap je. Hehehe." (dengan kawan yang seorang ni kami bercakap guna awak-saya sebab dia amatlah lembut dan feminin orangnya). "Eh, leh surf ekk?!" Lulu terus excited sampai lupa nak membebel kat aku yang belum bersiap lagi. Yelah kat rumah dia tak ada internet plus dia pula malas nak pergi cc.
'groom greng groom greng.....groom greeng'..'tap.tap.tap'....
Fuh..buang karan betul la. Hujan lah pula. Aku yang dah bersiap pandang lulu dan lulu pula pandang aku balik. Jadilah saling berpandangan dalam kebingungan. "Macam mana ni lu nak cari kerja?" (misi yang aku sebut kat atas tadi yang kamu tertanya-tanya tu ialah misi cari kerja rupanya). Lulu pun angkat N81 nya dan terus call balaknya. Alamak, balaknya tak dapat dihubungi kerana hp balaknya dah kena baling ke dalam jag berisi air akibat bergurau secara over dengan adik bongsunya. Aku bagi cadangan supaya call saja telefon rumah. Lulu call telefon rumah. Aduh..balak dia tengah memeta la pulak. Phew!~ Lulu pula bagi cadangan supaya minta tolong mak aku hantar. Aku pun pergilah tanya umiku tapi..dia kata dia letih tak boleh hantar. Huh!~ "Tak apa la lu. Kita tunggu hujan reda."
Tunggu punya tunggu hujan tidak jua reda. Kami mula mengenang nasib. "Mungkin kita ni tak ada rezeki kot."keluhku. Lulu angguk dan makin mengeluh. "Saya pun rasa macam tu gak Tah. Ni bukan 1st time ni. Dah bnyak tempat saya tanya tapi penuh je. Huh." Memang betul apa yang lulu cakap tu. Dah banyak tempat yang kami minta yang berlabel 'jawatan kosong' malangnya setibanya kami di sana 'penuh' ialah jawapan yang kami akan terima.
'tip tap.tip tap.tip tap'..bunyi air hujan yang menimpa bumbung besi porch rumahku. Hujan renyai-renyai. "lu. Jomla kita gerak slow-slow. Kalau nak tunggu, entah bila entah hujan nak berhenti." lulu bersetuju siap bagi cadangan pakai sweater. Semangat kami yang tinggal 50 percent nak cari kerja tak akan kami sia-siakan. Lagipun kelmarin Adi dah call cakap ada kosong kat Noodle Station. Thanks Adi.
'vroooohhhhh'....lulu pecut Ego S dari rumahku ke stesen Caltex tadi untuk isi angin tayar. Sampai kat Caltex tu lulu terus tekan benda alah untuk isi angin tayar. Aku tengok je sebab aku memang tak tahu macam mana nak isi angin. (apa yang aku tau? getusku dalam hati). Tengah lulu struggle isi angin tayar tu bunyilah suara-suara sumbang kat belakang kami. Siap ada piwit plus apa ke benda entah. Aku tengok lulu dah hilang fokus nak isi angin. Lulu tertunduk-tunduk malu. Hidung aku kembang kempis. Aku tengok mamat yang bersuara sumbang tu dan dengan muka bengang aku ni yang kalau kawan-kawan aku tengok pun kecut. Aku bersuara, "Pehal?" Mamat tu senyap. ahahahah brutalnya aku rasa. Tiba-tiba datang seorang mamat yang berhati mulia entah dari mana tapi yang sure dari stesen minyak tu, tolong lulu yang terkapai-kapai isi angin tayar. ahahaha. Mekaseh bang. Setel juga bab tayar.
Kami pun dengan senang hati menuju ke Noodle Station. Dalam perjalanan lulu nak xerox ic dia sebab mungkin supervisor kedai tu minta nanti. Pergi 2 kedai xerox dua-dua hampeh. Satu tutup satu lagu 'rehat'. Time time ni jugak la dia nak rehat. Aduhai..kami terus bonceng Ego S ke Noodle Station ikut jalan kampung. Itu aku lah punya idea sampai sampai cabang 4 Kbmall. Huh. Lulu buat keputusan park kat Kbmall dan jalan kaki ke Noodle Station. Nasib baik dekat. Masuk Kbmall lulu nak beli kasut. Entah kenapa aku pun tak tahu. Kami pergi beli juga sebab kalau boleh nak sempat jumpa dengan Adi dan Paka yang dah kerja disitu. Selepas beli kasut, kami pun keluar dari Kbmall. MasyaAllah. Hujan lebat lah! lulu bagi cadangan beli payung. Sesudah beli payung yang cute dari Watson yang berharga RM7 (rugi duit je) kami pun jalan la pergi Noodle Station dengan hati yang cekal dan tabah. Masa nak lintas jalan, (masa ni kami kat divider jalan) lulu menjerit. Arghhhhhh! Aku terkejut beruk. "Apa ke benda pula ni, kena histeria pun agak-agakla lepas lintas jalan." Lulu tengok bawah, aku pun turut sama pndang bawah kat kaki dia. Aduh..Aduh..selipar dia putus. Lulu lintas jalan dengan kaki ayam. Sampai seberang jalan, kami tak dapat tahan. Kami mengilai tak ingat dunia sampai apek dalam workshop tu blur je tengok kami. Nasib lulu sangatlah baik kerana tergerak hati nak beli kasut.
Kami teruskan perjalanan untuk menyelesaikan misi kami iaitu cari kerja di Noodle Station. Sampai je kat pintu masuk Noodle Station kami lihat dua mangkuk hayun. Ceh, siap pakai topi warna hitam tu. "Smartnya topi tu." getusku dalam hati. Paka tersengih-sengih buka pintu untuk kami. Kami berjumpa supervisor yang memang dah ready kat kaunter. Kami tanya, "Ada kerja kosong tak?" Supervisor perempuan yang susah nak senyum tu jawab, "Sebenarnya dah penuh,.." Adi yang kat sebelah dia menyampuk, "Eh, manager ada cakap nak pakai pekerja lagi." Aku dan lulu yang dah muak dan cuak dengar perkataan 'penuh' tarik nafas lega lepas Adi backup. Terima kasih Adi. (Adi memang seorang yang amat jujur, fyi). Supervisor tu pun nak cover malu ke apa entah beritahu kami, "Tak apalah, kamu tinggalkan ic dan phone number, nanti kami contact."
Aku dan Lulu pun semacam menyampah dan letih dan cuak. Semua perasaan pun ada. Mungkin betullah kami tak ada rezeki. Susah payah datang nak ic dan phone number je. Bukan aku expect lebih tapi dah Adi kata ada kosong jadi mungkinlah ada peluang. Mungkin tengok muka kami pun dah tak layak kot jadi waiter. Layak jadi supervisor je. Manalah tahu supervisor tu risau kalau kami masuk, kami pula yang jadi supervisor. Dah jadi dua orang supervisor kat situ. Ahahahaha apalah sempat lagi aku sedapkan hati.Tak mengapalah lulu kalau ada rezeki tu adalah. At least kami dah mencuba dan berusaha. Selebihnya 'tawakkaltualallah'. Kami pulang sambil berpayung dalam hujan siap bergelak ketawa sambil ambil gambar. Lepas ini, kami nak cuba ke kopitiam pula.
Hati Terasa
12 tahun yang lalu